Kursus ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran terhadap kepentingan pengurusan perolehan kerajaan dan tanggung jawab penjawat awam untuk menjaga kepentingan kerajaan. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penjawat awam dalam menguruskan perolehan secara sistematik berpandukan peraturan-peraturan semasa yang ditetapkan.
TERBUKA KEPADA AGENSI SECARA KOLABORASI IAITU BAHAGIAN PENYELARASAN, KAWALAN DAN PEMANTAUAN, KEMENTERIAN EKONOMI SAHAJA.
Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus bersemuka perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:
1. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;
2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan Sijil Kehadiran kursus;
3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus sebelum tarikh kursus;
4. Makan pagi dan tengah hari sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak INTIM;
5. Buku program tidak akan dicetak selaras dengan dasar penjimatan INTAN. Edaran buku program akan dibuat secara dalam talian sahaja dan boleh dimuat turun melalui portal DTIMS;
6. Tempat penginapan sepanjang kursus berlangsung di dalam INTAN Kampus Wilayah Timur adalah disediakan;
7. Sejumlah RM30.00 (tunai) akan dikutip dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi/ Institusi masing-masing. Sukacita kiranya tuan/puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my); dan
8. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pengenalan Kepada Perolehan Kerajaan | |
: | Pendaftaran dan Taklimat Peserta & Malaysia MADANI | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Integriti Dalam Pengurusan Perolehan Kerajaan | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Punca Kuasa, Prinsip, Dasar Perolehan Kerajaan |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Kaedah Perolehan Kerajaan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Penyediaan Spesifikasi | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Kaedah Pengurusan Sebut Harga |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Kaedah Pengurusan Tender | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Kaedah Penilaian Teknikal & Kewangan (Bekalan dan Perkhidmatan) | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Kaedah Perolehan Kerja dan Pentadbiran Kontrak Kerja |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pengurusan dan Pentadbiran Kontrak (Bekalan dan Perkhidmatan) | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Isu dan Masalah Dalam Perolehan Kerajaan | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Kajian Kes | |
: | Penutupan Kursus |