Bengkel Penyediaan Dokumentasi Projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) bertujuan untuk memberi pendedahan dan meningkatkan kemahiran peserta dalam penyediaan dokumentasi Projek KIK secara sistematik dan berkesan selaras dengan keperluan dan garis panduan KIK Horizon Baharu. Kursus ini memberi tumpuan kepada penghasilan dokumentasi projek berdasarkan projek sebenar yang dilaksanakan oleh peserta.
Bengkel Penyediaan Dokumentasi Projek KIK Horizon Baharu**
Kelayakan Peserta
Bengkel ini terbuka kepada pegawai dan kakitangan yang telah menghadiri Kursus Pengenalan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) serta terlibat secara langsung dalam pelaksanaan Projek KIK di jabatan atau agensi masing-masing.
Keperluan Projek KIK
Peserta hendaklah mempunyai Projek KIK yang sedang dilaksanakan atau telah disiapkan di peringkat jabatan, bahagian atau unit.
Skop dan Objektif Bengkel
Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam penyediaan dokumentasi Projek KIK selaras dengan garis panduan dan keperluan KIK Horizon Baharu. Kursus ini bukan merupakan kursus asas KIK.
Komitmen dan Penyertaan
Peserta diwajibkan untuk:
Menghadiri Bengkel sepanjang tempoh yang ditetapkan;
Membawa maklumat, data serta dokumen berkaitan Projek KIK masing-masing;
Memberi komitmen penuh dan terlibat secara aktif dalam semua sesi pembelajaran dan latihan.
Penggunaan Projek Sedia Ada
Segala aktiviti pembelajaran, latihan dan perbincangan semasa Bengkel akan menggunakan Projek KIK sedia ada peserta bagi memastikan hasil dokumentasi yang dihasilkan bersifat praktikal dan boleh diaplikasikan.
Penganugerahan Sijil
Sijil penyertaan akan diberikan kepada peserta yang memenuhi syarat kehadiran minimum (sekurang-kurangnya menghadiri 80% Slot Bengkel) dan menyertai keseluruhan aktiviti Bengkel.
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | OVERVIEW HORIZON BAHARU KIK | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | STRUKTUR DOKUMENTASI PROJEK KIK HB | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | MENETAPKAN PENYATAAN MASALAH, OBJEKTIF & LATAR BELAKANG PROJEK |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | ANALISIS ISU & PUNCA MASALAH | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | MERANGKA PENYELESAIAN INOVASI & KAEDAH PELAKSANAAN | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | MERANGKA KEBERHASILAN PROJEK (OUTCOME & IMPAK) |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | TEKNIK PENULISAN LAPORAN KIK HB & PENYEDIAAN DATA SOKONGAN PROJEK KIK HB | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | PEMBENTANGAN PROJEK KIK HB |