Carian Kursus

[ KNA0020 ] Kursus Human Resource Champions: Pembangunan Modal Insan [ Siri 6/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman berhubung segala aspek perkhidmatan pegawai, bermula dari pelantikan sehingga penamatan perkhidmatan, serta memantapkan kompetensi sebagai Pengurus Sumber Manusia di kementerian/ jabatan/ agensi.

 

Objektif Kursus
  1. Meningkatkan kefahaman berhubung segala aspek perkhidmatan pegawai, bermula dari pelantikan sehingga penamatan perkhidmatan, serta memantapkan kompetensi sebagai Pengurus Sumber Manusia di kementerian/ jabatan/ agensi
  2. Menambah pengetahuan di samping turut berkongsi mengenai perkembangan semasa dan isu-isu terkini dalam PSM sektor awam
  3. Meningkatkan kemahiran aplikasi praktikal melalui sesi kajian kes dan perbincangan kumpulan
  4. Mewujudkan jaringan kerjasama (networking) di antara Pengurus-pengurus Sumber Manusia di kementerian/ jabatan/ agensi
Syarat Tambahan

1. Keutamaan diberikan kepada penjawat awam yang terlibat dalam pengurusan sumber manusia di Kementerian/jabatan/agensi.

2. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus.

3. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan untuk melayakkan bagi mendapat sijil kehadiran kursus.

4. Tempat penginapan adalah tidak disediakan. 

5. Yuran pendaftaran sebanyak RM30 perlulah dibayar oleh peserta kursus secara dalam talian (online) sepenuhnya melalui portal DTIMS (Dashboard Pengguna). Resit rasmi akan dikeluarkan melalui sistem setelah pembayaran selesai dilakukan dan para peserta boleh membuat tuntutan semula daripada Kementerian/Jabatan/Agensi/Institusi masing-masing. Semua bayaran yang telah dibuat dan resit telah dikeluarkan, tiada pulangan balik (refund) yang dibenarkan.

6. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada peserta pada hari pendaftaran.

 

Modul/Topik
Hari Pertama | 28/10/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: MY KOMPETENSI
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: KEMUDAHAN CUTI BELAJAR DAN PENAJAAN KEPADA PENJAWAT AWAM
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: TATACARA PERMOHONAN PROGRAM LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
Hari Ke-2 | 29/10/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PEMANTAUAN PROGRAM LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: PENGURUSAN DOKUMEN PERJANJIAN
Hari Ke-3 | 30/10/2026 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: RUMUSAN, PENILAIAN DAN PENUTUP