Kursus Amalan Terbaik Dalam Penternakan Lembu- Pengurusan Kesihatan dan Biosekuriti (Upskilling -GS) anjuran Institut Veterinar Malaysia adalah terbuka kepada orang awam yang berumur 18 tahun ke atas dan terbuka kepada penternak dan bakal penternak kambing bagi memberikan ilmu dan kemahiran yang boleh diaplikasikan dalam bidang penternakan kambing di samping perkongsian pengalaman dari penceramah yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan di lapangan.
Kursus ini menekankan aspek pengurusan kesihatan dan kawalan biosekuriti secara sistematik dalam meningkatkan kecekapan produktiviti ternakan terutamanya dalam bidang usahan penternakan lembu. Penerangan berkaitan pengurusan kesihatan dan program kawalan biosekuriti ladang boleh membantu dalam memastikan prestasi ladang dan kebajikan ternakan berada pada tahap optimum.
Lawatan ke ladang Jabatan juga akan memberi peluang kepada penternak untuk berkongsi idea dan maklumat terkini perkembangan industri ternakan terutamanya dalam bidang pengurusan penternakan.
Terbuka untuk penternak, bakal penternak dan usahawan ternakan warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Penginapan tidak disediakan sepanjang kursus dan tuan/puan boleh menginap di hotel-hotel sekitar Kluang dan Ayer Hitam.
Makan minum disediakan termasuk sarapan pagi, minum pagi, makan tengah hari dan minum petang sepanjang kursus dijalankan kecuali pada hari terakhir, minum petang tidak disediakan.
Bagi kawalaan biosekuriti semua kenderaan tuan/puan tidak bileh memasuki mana-mana kawasan IVM kecuali kawasan kelas teori (bilik tanjung) dan kawasan penyediaan makan minum (dataran himpun).
Tuan/puan perlu mematuhi etika berpakaian (sopan, kemas dan sesuai untuk aktiviti di ladang) sepanjang kursus.
Sekian terima kasih.
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Overview Industri Penternakan Lembu dan Fungsi Jabatan dan Pemegang Taruh dalam Kawalan Penyakit | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Program Umum Pengurusan Kesihatan Ternakan Lembu | |
| : | Pengurusan Penyakit | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Pengurusan Program Kawalan Biosekuriti |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Penilaian dan Pelaksanaan Program Pengurusan Kesihatan dan Kawalan Biosekuriti di Ladang Ternakan | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Penilaian dan Pelaksanaan Program Pengurusan Kesihatan dan Kawalan Biosekuriti di Ladang Ternakan | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Perbincangan dan Rumusan Amalan Terbaik dalam Penternakan Kambing |