Carian Kursus

[ KFB0003 ] Kursus Sijil Pentauliahan Perolehan Kerajaan (SPPK) Perunding [ Siri 1/2021 ]

Sinopsis Kursus

Kursus Sijil Pentauliahan Perolehan Kerajaan SPPK (Perunding) diadakan untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran penjawat awam khususnya pegawai-pegawai perolehan tentang pentingnya  bidang perolehan sebagai satu bidang strategik yang memerlukan penekanan kepada aspek pengurusan terbaik untuk mencapai objektif perolehan. Kursus ini juga meningkatkan kemahiran diri melalui pendedahan mengenai dasar, peraturan dan prosedur yang ditetapkan Kerajaan.

Objektif Kursus
  1. Menerangkan mengenai kaedah pengurusan Perolehan (Perunding) dan proses penyediaan tender berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Perolehan Perunding
  2. Menjelaskan terma rujukan yang teratur mengikut kehendak Pekeliling Perbendaharaan Perolehan Perunding
  3. Mengenalpasti isu perundingan berkaitan kontrak perunding bagi mengelak kerugian kepada Kerajaan selaras dengan kehendak peraturan Kerajaan.
Syarat Tambahan

Prasyarat utama penyertaan ialah Pegawai Perolehan gred 29 ke atas yang telah melaksanakan tugas perolehan sekurang-kurangnya selama 6 bulan dan telah mempunyai sijil kursus perolehan yang dianjurkan oleh mana-mana institusi latihan awam/kementerian/jabatan/agensi.

Modul/Topik
Hari Pertama | 26/07/2021 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan Perolehan Perunding
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Kaedah Perolehan Perunding
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Keadah Perolehan Perunding
Hari Ke-2 | 27/07/2021 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Terma Rujukan Perunding
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Dokumen Pelawaan Perunding
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pentadbiran Kontrak Perkhidmatan Perunding
Hari Ke-3 | 28/07/2021 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Isu Perundangan Berkaitan Kontrak Perunding
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Isu Perundangan Berkaitan Kontrak Perunding
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penggunaan MyGPIS Dalam Merekod Perolehan Perunding
Hari Ke-4 | 29/07/2021 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Taklimat Laluan Kerjaya Subject Matter Expert (SME)
: Persediaan Kajian Kes dan My Learning Journal
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Persediaan Kajian Kes dan My Learning Journal
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Persediaan Kajian Kes dan My Learning Journal
Hari Ke-5 | 30/07/2021 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pembentangan Kajian Kes
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pembentangan My Learning Journal
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Ujian Kefahaman