Fokus utama Kursus Pengurusan Aduan ini khusus untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran peserta dalam menguruskan aduan pelanggan secara profesional, berhemah dan berkesan. Peserta akan didedahkan kepada konsep asas pengurusan aduan, pendekatan sistematik dalam menangani aduan serta teknik komunikasi yang efektif dalam menghadapi situasi sukar. Melalui latihan interaktif dan kajian kes, peserta akan memperoleh kemahiran praktikal yang boleh terus diaplikasikan di tempat kerja dan peserta akan lebih yakin dan cekap dalam menangani aduan, sekaligus dapat meningkatkan tahap kepuasan pelanggan dan membina imej organisasi yang lebih positif.
.
Para peserta dinasihatkan untuk bersedia awal 10 minit sebelum kursus atas talian bermula dan memastikan e-mel rasmi yang digunakan adalah yang terkini
Peserta wajib menghadiri kursus bagi setiap slot masa yang ditetapkan. Jika gagal, sijil kursus tidak akan dikeluarkan.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | MODUL PENGENALAN PENGURUSAN ADUAN | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | MODUL ORANG AWAM | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | MODUL PENDAFTARAN DAN SARINGAN / MODUL SIASATAN |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | MODUL PENYELESAIAN DAN PENUTUPAN | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | MODUL AM | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | MODUL LAPORAN DAN SESI PENTAKSIRAN SISPAA |