Carian Kursus

[ SZA0013 ] Program Transformasi Minda [ Siri 3/2026 ]

Sinopsis Kursus

Program Transformasi Minda (PTM) diperkenalkan sebagai satu pendekatan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam. Program ini dibentuk bagi  membolehkan pegawai memahami prinsip dan falsafah pembentukan negara, jentera pentadbiran kerajaan dan peraturan asas perkhidmatan awam serta pembentukan jati diri bagi menghadapi cabaran dan ekspektasi pelanggan.

 

Objektif Kursus
  1. Memberi pendedahan kepada pegawai mengenai konsep kenegaraan, prinsip dan falsafah pembentukan negara, sistem pentadbiran kerajaan serta peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam
  2. Memupuk keperibadian, jati diri dan nilai patriotisme pegawai supaya lebih berketerampilan dan berkemampuan menyesuaikan diri dalam perkhidmatan awam
  3. Menerapkan nilai budaya kerja cemerlang agar pegawai dapat memberikan penyampaian perkhidmatan dengan cekap serta berkesan
  4. Menyediakan pegawai dengan minda kelas pertama selaras dengan matlamat ke arah negara maju
Syarat Tambahan
  • Program ini terbuka kepada penjawat awam lantikan baharu yang bertugas bagi tujuan pengesahan jawatan sahaja. (senarai nama oleh JPA).
  • Permohonan yang tidak melalui JPA (permohonan sendiri - telah mendapat kebenaran daripada Agensi/Kementerian masing-masing) akan dipertimbangkan sebaik kuota senarai daripada JPA dipenuhi.
  • Program ini berjalan selama lima (5) hari secara bersemuka [kaedah pembelajaran berubah dari semasa ke semasa (akan dimaklumkan jika ada), bergantung kepada keadaan semasa dan arahan Majlis Keselamatan Negara].
  • Pemilihan peserta adalah berdasarkan tarikh lantikan dan had bilangan peserta bagi satu-satu jabatan/ agensi (keutamaan lantikan tahun 2021 dan 2023)
  • Penawaran program bagi peserta yang berjaya akan dilaksanakan selepas tarikh akhir papar iklan ditutup.
  • Setiap peserta perlu membuka akaun masing-masing dalam portal dtims (www.dtims.intan.my) dan memohon dalam talian untuk menyertai kursus ini.
  • Setiap peserta memerlukan emel rasmi aktif dan info emel boleh dikemaskini melalui HRMIS kerana segala maklumbalas juga disalurkan melalui emel rasmi peserta. 
  • Penginapan dan sajian peserta disediakan. Wajib menginap di IKWAS.
  • Bagi ibu mengandung usia kandungan yang diterima berkursus adalah dari 5 bulan hingga 8 bulan sahaja. (Untuk tujuan Keselamatan).
  • Semua peserta diwajibkan menginap di asrama yang disediakan.
  • Peserta tidak dibenarkan tarik diri setelah bersetuju terima tawaran kursus kecuali atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Modul/Topik
Hari Pertama | 10/08/2026 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Taklimat Kampus/Taklimat Program/Taklimat Malaysia MADANI
: Integrasi Kumpulan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Ujian Psikologi/ Pembangunan Sahsiah Diri
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Gaji, Elaun dan Kemudahan
SESI 4 : 05.00 Petang - 7.00 Petang
: Aktiviti Riadah/Sukaneka
SESI 5 : 08.30 Malam - 10.30 Malam
: Pengenalan kepada Perkhidmatan Awam
Hari Ke-2 | 11/08/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengurusan Keselamatan Perlindungan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Hala Tuju Negara: Malaysia MADANI
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Etiket dan Keterampilan Diri
SESI 4 : 05.00 Petang - 7.00 Petang
: Aktiviti Riadah/Sukaneka
SESI 5 : 08.30 Malam - 10.30 Malam
: Pembangunan Kompetensi Perkhidmatan Awam
Hari Ke-3 | 12/08/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengurusan Orang Kurang Upaya (OKU)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Urusan Perkhidmatan
: Faedah Persaraan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengurusan Kewangan Peribadi
SESI 4 : 05.00 Petang - 7.00 Petang
: Aktiviti Riadah/Sukaneka
SESI 5 : 08.30 Malam - 10.30 Malam
: Tatakelakuan dan Tatatertib Perkhidmatan Awam
Hari Ke-4 | 13/08/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Sejarah Kenegaraan Malaysia dan Sistem Pentadbiran Negara
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengurusan Rasuah
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengurusan Integriti
SESI 4 : 05.00 Petang - 7.00 Petang
: Aktiviti Riadah/Sukaneka
SESI 5 : 08.30 Malam - 10.30 Malam
: Pengurusan Pelanggan
Hari Ke-5 | 14/08/2026 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Aktiviti Kerohanian / Penerapan Nilai Murni
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Sesi Ulangkaji
: Taklimat Ujian Kefahaman PTM
: Ujian Kefahaman PTM
: Penilaian Kursus, Rumusan & Penutup