Carian Kursus

[ DGB0001 ] KURSUS PENGENDALIAN SENJATA API BAGI PEGAWAI PENGUAT KUASA MAQIS - TEKNIK PENGGUNAAN SENJATA API DALAM OPERASI PENGUATKUASAAN (UPSKILLING-PP) [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini adalah langkah strategik bagi mempertingkatkan keupayaan pegawai penguat kuasa MAQIS dalam melaksanakan tugas dengan lebih berkesan dan selamat selain dapat memperkukuh pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP), undang-undang berkaitan serta etika penggunaan senjata api dalam konteks penguatkuasaan biosekuriti

Objektif Kursus
  1. Memberi latihan asas dan lanjutan pengendalian senjata api kepada pegawai penguat kuasa MAQIS.
    Provide basic and advanced firearms handling training to MAQIS enforcement officers
  2. Memastikan pematuhan terhadap undang-undang serta memahami prosedur keselamatan penggunaan senjata api
    Ensure compliance with the law and understand firearm safety procedures
  3. Meningkatkan tahap keyakinan dan keberanian penguat kuasa MAQIS semasa operasi
    Increase the level of confidence and courage of MAQIS enforcement officers during operations
  4. Memberi pendedahan kepada teknik taktikal penggunaan senjata api dalam situasi berisiko tinggi
    Provide exposure to tactical techniques for the use of firearms in high-risk situations
  5. Menyokong kesiapsiagaan pegawai penguat kuasa MAQIS dalam menghadapi ancaman fizikal semasa tugas lapangan serta keberkesanan tindakan penguatkuasaan melalui penggunaan senjata api yang terkawal dan beretika
    Support the preparedness of MAQIS enforcement officers in facing physical threats during field duty as well as the effectiveness of enforcement actions through the controlled and ethical use of firearms
Syarat Tambahan

- Penyertaan adalah terbuka kepada Pegawai Penguat Kuasa MAQIS sahaja

- Pakaian pada Hari Pertama dan Hari Kedua adalah pakaian Tshirt Hitam MAQIS, Seluar Operasi dan Kasut Operasi

- Pakaian pada Hari Terakhir adalah smart casual

- Pakaian adalah kemas dan bersesuaian dengan imej penjawat awam.

- Peserta hendaklah mematuhi arahan penganjur sepanjang kursus berlangsung.

- Penganjur berhak membuat sebarang perubahan jadual atau modul sekiranya perlu.

- Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada urusetia program.

Modul/Topik
Hari Pertama | 20/05/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Taklimat Keselamatan
: Taklimat Senjata Api
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Taklimat Prinsip Kejaguhan
: Latihan Amali Tembak Pelarasan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Latihan Amali Dry Fire
: 08.30 Malam - 10.30 Malam
: Taklimat PTKP Bil. 18 : Garis Panduan Pengurusan Pengendalian Senjata Api dan Peluru
Hari Ke-2 | 21/05/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Taklimat Penggunaan Senjata Api
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Latihan Amali Center Fire
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Latihan Amali Move and Shot
: 08.30 Malam - 10.30 Malam
: Ulang Kaji Modul & Rumusan
Hari Ke-3 | 22/05/2026 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Ujian Kemahiran Menembak
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Ujian Kemahiran Menembak