Carian Kursus

[ KPA0005 ] Kursus Kerjasama Awam Swasta (Public Private Partnership) [ Siri 1/2023 ]

Sinopsis Kursus

Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri bekerjasama dengan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) bagi memberi pendedahan kepada kementerian/agensi/badan berkanun persekutuan mengenai Dasar Kerjasama Awam Swasta (PPP) dan program perancangan pelaksanaan projek pembangunan menerusi kaedah PPP. Kursus ini  memberikan pendedahan dan pemahaman kepada penjawat awam khususnya kepada pegawai pembangunan berkaitan  konsep, model, pelaksanaan dan pengurusan projek kerjasama Awam Swasta.Kursus ini dilaksanakan selama empat (4) hari secara bersemuka. Pada hari ketiga kursus, akan diadakan lawatan ke projek PPP sekitar Kuala Lumpur.

Objektif Kursus
  1. Mendapat dan meningkatkan pengetahuan mengenai konsep PPP dan model PPP
  2. Memberikan kefahaman tentang proses pelaksanaan dan pengurusan projek PPP
  3. Menjelaskan kepada peserta mengenai kriteria penentuan dan penilaian teknikal dan kewangan projek PPP
  4. Memberi pendedahan kepada peserta terhadap isu dan cabaran yang dihadapi dalam melaksana dan menguruskan projek PPP
Modul/Topik
Hari Pertama | 12/06/2023 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan PPP: Dasar Penswastaan Konsep dan Tadbir Urus PPP
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Syarat-syarat Permohonan Dan Keperluan Projek PPP
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penilaian Teknikal / Pengurusan Nilai
Hari Ke-2 | 13/06/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penilaian Kewangan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Perundangan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pertukaran Tanah
Hari Ke-3 | 14/06/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Lawatan Projek PPP
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Lawatan Projek PPP
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Lawatan Projek PPP
Hari Ke-4 | 15/06/2023 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pelaksanaan Dan Pemantauan Projek PPP
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Perbincangan Projek PPP/Case Study
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pembentangan Kumpulan