Kursus ini menyasarkan semua penjawat awam yang bertugas di barisan hadapan gred 1 (19) hingga gred 8 (40) di pelbagai Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan.
Dengan peningkatan tahap pendidikan ditambah lagi dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi, permintaan rakyat terhadap Perkhidmatan Awam kian meningkat. Pelanggan merasakan mereka mempunyai hak untuk mendapat perkhidmatan yang cepat dan cekap dengan keutamaan diberi kepada kehendak dan keperluan mereka. Dalam masa yang sama, pelanggan berpendapat bahawa Petugas Barisan Hadapan patut menggembirakan (‘Delighting’) mereka.
Petugas Barisan Hadapan juga berhadapan dengan kehidupan harian yang penuh dengan pelbagai cabaran. Semua ini menjadi satu tekanan emosi dan minda kepada Petugas Barisan Hadapan. Mereka perlu mempunyai kecerdasan minda dan emosi yang tinggi agar boleh menyampaikan perkhidmatan dengan berkesan. Di samping itu, berbekalkan minda yang cerdas, Petugas Barisan Hadapan juga supaya boleh menghadapi cabaran-cabaran dengan berjaya dan kreatif serta mampu menyelesaikan sebarang isu secara tuntas. Selain daripada itu, Petugas Barisan Hadapn juga perlu berfikiran positif dan kritikal, pandai menguruskan stres dan emosi sendiri dan juga pelanggan, mempunya kekuatan untuk memotivasikan sendiri serta menjaga hubungan dengan pelanggan. Bukan itu sahaja, Petugas Barisan Hadapan juga perlu mempunyai kefahaman mengenai dasar, prosedur, sumber dan sistem agar maklumat yang disampaikan kepada pelanggan tepat dan diyakini keabsahannya.
MAKLUMAT TAMBAHAN
1. Status Permohonan
Pemakluman status permohonan (termasuk surat tawaran kursus) akan dihantar terus ke e-mel peserta yang telah didaftarkan dalam sistem HRMIS.
2. Etika Berpakaian
i. Peserta hendaklah mematuhi etika pemakaian yang telah ditetapkan sepanjang menghadiri kursus.
ii. Semua peserta juga perlu memakai tanda nama yang dikeluarkan oleh Kementerian, Jabatan, Agensi, atau Institusi masing-masing.
3. Permohonan Kursus
i. Peserta perlu memuat naik Borang Pengesahan Kehadiran (Lampiran 1) yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan/ Penyelia ke dashboard akaun pengguna peserta di laman DTIMS sebelum hadir berkursus.
ii. Nama peserta akan digugurkan sekiranya gagal membuat bayaran dan mengemukakan maklum balas dalam tempoh masa yang ditetapkan.
4. Pembayaran Yuran Kursus
i. Pembayaran yuran perlu dibuat secara dalam talian melalui akaun DTIMS peserta sahaja.
ii. Kaedah pembayaran yuran pendaftaran kursus secara dalam talian hanya menyokong pembayaran melalui FPX sahaja. Kaedah bayaran menggunakan aplikasi seperti TouchNGo eWallet, Boost, MAE atau lain-lain kaedah tidak tersedia.
iii. Peserta wajib membuat pembayaran sebelum kursus dijalankan dan bayaran tidak akan dikembalikan sekiranya peserta tidak menghadiri kursus.
5. Kewajipan Kehadiran
i. Semua peserta adalah diwajibkan menghadiri semua modul kursus untuk melayakkan menerima sijil kursus.
ii. Sijil Kursus akan dikeluarkan sekiranya peserta memenuhi 80% kehadiran kelas.
iII. Peserta dikehendaki bebas daripada sebarang aktiviti lain semasa mengikuti kursus.
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | PENGENALAN KEPADA PERKHIDMATAN BARISAN HADAPAN | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | POSITIVE MENTAL ATTITUDE | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | HUBUNGAN INTERPERSONAL | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | MOTIVASI KENDIRI | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | MIRRORING AND COACHING |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | PENGURUSAN STRESS | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | PENGURUSAN EMOSI | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | RUMUSAN, PENILAIAN DAN PENUTUP |