Carian Kursus

[ MMA0002 ] Kursus Penternakan Ayam Komersial Siri 1 - (Talent Pool) [ Siri 1/2023 ]

Sinopsis Kursus

Sinopsis :

Kursus anjuran Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian (BPKLP), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengalaman kepada mereka yang berminat untuk menceburi penternakan ayam komersial. Kursus ini dianjurkan secara hibrid dengan sesi teori dilaksanakan secara atas talian manakala sesi amali dilaksanakan secara bersemuka mengikut kategori yang telah ditetapkan. Melalui kursus ini, para peserta berpeluang untuk mempelajari teknik-teknik pengurusan penternakan ayam pedaging, merangkumi prasarana, peralatan reban, pengurusan peringkat anak ayam sehari (DOC), pengurusan reban semasa pembesaran dan pengurusan pusat penetasan. Para peserta juga berpeluang untuk memahami prosedur kawalan biosekuriti di ladang ternakan.

 

 

Objektif Kursus
  1. Mengenal pasti keperluan kemudahan/peralatan penternakan ayam komersial.
  2. Mengetahui dan memahami prosedur pengurusan penternakan ayam pedaging, pengurusan prasarana dan peralatan reban, pengurusan peringkat anak ayam sehari (DOC), pengurusan reban semasa pembesaran dan pengurusan pusat penetasan.
  3. Mengetahui prosedur kawalan biosekuriti di ladang ternakan.
Brosur/Dokumen
Syarat Tambahan

BPKLP mempelawa mereka yang berusia dari 18 - 60 tahun dan terdiri dari kategori seperti berikut untuk menyertai SIRI 1 :

  1. Bakal Pesara (penjawat awam/bakal pesara tentera/bakal pesara polis)
  2. Siswazah bukan pertanian yang berminat untuk menceburi bidang pertanian
  3. Siswazah pertanian
  4. Golongan belia yang berminat (18-30 tahun)
Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 25/07/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: 9.30 pagi - 10.30 pagi: Status Industri Penternakan Ayam di Malaysia
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: 11.00 pagi - 1.00 t/h: Pengurusan prasarana dan Peralatan Reban
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: 2.30 - 4.30 petang: Pengurusan Peringkat Anak Ayam Sehari (DOC)
Hari Ke-2 | 26/07/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengurusan Kesihatan Ternakan & Kawalan Penyakit
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengurusan Peringkat Pembesaran Ayam Pedaging
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengurusan Peringkat Pembesaran & Pengeluaran Ayam Kampung
Hari Ke-3 | 27/07/2023 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Enakmen Perladangan Unggas
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Permohonan Geran Agropreneur Muda (GAM)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Taklimat dari Pembiayaan (Agrobank, Tekun)
: 08.30 Malam - 10.30 Malam
: Rancangan Perniagaan (RP) & Kewangan Projek (Agrobank)