Carian Kursus

[ UZA0048 ] Kursus Enhancing Delivery Service: English for Customer Service [ Siri 1/2022 ]

Sinopsis Kursus

Kumpulan sasar kursus ini adalah kumpulan pelaksana. Kursus ini memberi tumpuan terhadap kemahiran yang diperlukan oleh para peserta untuk mengendalikan pelanggan dengan berkesan dalam apa jua situasi. Direka khas untuk barisan hadapan yang perlu berhadapan dengan pelbagai jenis pelanggan, kursus interaktif ini melatih peserta untuk menggunakan bahasa yang sesuai bagi komunikasi secara bersemuka. 

Kemampuan untuk bercakap secara asas dalam Bahasa Inggeris bukanlah sesukar yang disangka. Sebenarnya kita hanya perlu tahu cara untuk mengekspresikan diri sendiri dan mulakan dengan percakapan yang ringkas dan singkat. Kursus ini dikhususkan kepada punutur yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama, namun setiap hari sering berurusan dengan pelanggan yang bertutur di dalam Bahasa Inggeris, terutamanya melalui telefon. Anda akan mempelajari banyak ungkapan Bahasa Inggeris biasa dalam kursus ini, serta perbendaharaan kosa kata biasa dan penekanan tentang intonasi untuk memberikan pertuturan Bahasa Inggeris anda berbunyi lebih asli (terutamanya melalui perbualan di telefon).

Secara umumnya, dalam percakapan yang paling asas, anda mampu untuk:

  • Memperkenalkan diri sendiri dan berkongsi sedikit maklumat peribadi.
  • Bercakap tentang keperluan dan harapan anda.
  • Bercakap tentang pekerjaan dan bidang tugas anda.
  • Meneruskan percakapan ringkas dengan orang yang anda berjumpa dalam aktiviti seharian semasa menjalankan tugas.
Objektif Kursus
  1. Berkomunikasi secara berkesan dengan pelanggan secara bersemuka pada setiap masa. ii. Membangunkan keyakinan dalam berbahasa Inggeris di kaunter awam. iii. Bahasa yang positif apabila berhadapan dengan orang dan situasi yang sukar. iv. Membina hubungan dengan pelanggan dengan mudah. v. Kesedaran tentang kesilapan biasa yang dilakukan oleh penutur bahasa Inggeris Malaysia.
    i. Communicate effectively with customers face-to-face at all times. ii. Develop confidence in speaking English at public counters. iii. Positive language when dealing with difficult people and situations. iv. Building rapport with customers easily. v. Become aware of the common errors made by Malaysian English speakers.
Modul/Topik
Hari Pertama | 05/07/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: ICE BREAKING & COURSE OVERVIEW
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: 1. FACE TO FACE INTERACTION; 2. GREETINGS AND GIVING INFORMATION; 3. INTRODUCE YOURSELF AND SOMEONE ELSE
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: 1. ASKING QUESTION; 2. DEALING WITH ENQUIRIES; 3. GIVING SUGGESTIONS AND ADVICE
Hari Ke-2 | 06/07/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: 1. HOW TO INTERRUPT AND ASK FOR REPETITION; 2. HOW TO ASK SOMEONE TO SPEAK SLOWLY/LOUDER; 3. HANDLING COMPLAINTS AND DIFFICULT PEOPLE
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: 1. THANKING AND SAYING GOODBYE; 2. ROLE PLAY AND SIMULATION