Carian Kursus

[ EWB0002 ] KURSUS ART DRAWING - HOUSE TREE PERSON (AD-HTP) [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Bengkel Pensijilan Art Drawing – House Tree Person (AD-HTP) Tahap 1 merupakan kursus latihan berasaskan pendekatan terapi seni yang bertujuan meningkatkan kefahaman peserta terhadap aspek psikologi, emosi dan personaliti individu melalui kaedah tafsiran lukisan Rumah, Pokok dan Orang. Kursus ini memberi pendedahan kepada teknik mengenal pasti isu dalaman dan tingkah laku secara tidak langsung, di samping melatih kemahiran asas bimbingan (coaching) serta meningkatkan tahap empati dalam pengurusan sumber manusia. Melalui gabungan teori dan praktikal, peserta akan memperoleh kemahiran diagnostik yang berguna dalam membantu rakan sekerja atau pelanggan, seterusnya menyumbang kepada pembentukan persekitaran kerja yang lebih harmoni dan sejahtera.

Objektif Kursus
  1. Kursus Bengkel Pensijilan Art Drawing – House Tree Person (AD-HTP) Tahap 1 ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan meningkatkan kefahaman peserta terhadap penggunaan kaedah House-Tree-Person (HTP) sebagai alat penilaian psikologi, di samping membangunkan kemahiran mentafsir elemen struktur, bentuk dan simbolik dalam lukisan bagi mengenal pasti aspek emosi, personaliti dan isu dalaman individu. Selain itu, kursus ini turut melatih peserta mengaplikasikan teknik asas bimbingan (coaching) secara praktikal serta membentuk tahap empati dan kepekaan yang tinggi dalam pengurusan sumber manusia, seterusnya melahirkan pegawai yang lebih kompeten dan profesional dalam menangani cabaran berkaitan psikologi dan tingkah laku di tempat kerja.
Brosur/Dokumen
Syarat Tambahan

TERMA & SYARAT / MAKLUMAT TAMBAHAN

  1. Yuran Penyertaan
    Yuran kursus adalah sebanyak RM600 seorang dan hendaklah dijelaskan sebelum atau pada hari pendaftaran. Bayaran adalah melalui Pesanan Tempatan (LO) atau kaedah lain yang dipersetujui.
  2. Pembatalan Penyertaan
    Sebarang pembatalan hendaklah dimaklumkan secara bertulis. Pembatalan kurang daripada 7 hari sebelum kursus berlangsung boleh dikenakan caj penuh atau tiada pemulangan bayaran.
  3. Penggantian Peserta
    Pihak jabatan/agensi dibenarkan membuat penggantian peserta dengan memaklumkan kepada urusetia sebelum tarikh kursus.
  4. Kehadiran Peserta
    Peserta diwajibkan menghadiri kursus sepenuhnya. Sijil penyertaan hanya akan diberikan kepada peserta yang memenuhi kehadiran minimum yang ditetapkan.
  5. Kemudahan Kursus
    Yuran kursus termasuk bahan latihan, makan minum dan penginapan (jika berkaitan) sepanjang tempoh kursus.
  6. Tanggungjawab Peserta
    Peserta bertanggungjawab menjaga disiplin, keselamatan diri serta harta benda sepanjang kursus berlangsung.
  7. Pindaan Program
    Pihak penganjur berhak membuat sebarang pindaan terhadap tarikh, tempat, penceramah atau kandungan kursus sekiranya perlu.
  8. Pembatalan Kursus
    Pihak penganjur berhak membatalkan atau menangguhkan kursus atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Sebarang bayaran akan dipulangkan atau dibawa ke tarikh baharu.
  9. Sijil Penyertaan
    Sijil Pensijilan AD-HTP Tahap 1 akan diberikan kepada peserta yang berjaya menamatkan kursus.
Modul/Topik
Hari Pertama | 09/06/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pendaftaran Peserta dan Taklimat Kursus
SESI 2 : 05.00 Petang - 7.00 Petang
: Strategi 1 : Pengenalan House - Tree - Person (HTP)
SESI 2 : 08.30 Malam - 10.30 Malam
: Strategi 2 : Pentafsiran Secara Umum, Struktur dan Bentuk
Hari Ke-2 | 10/06/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Strategi 3 : Tafsiran Simbolik Rumah
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Strategi 4 : Tafsiran Simbolik Pokok
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Strategi 5 : Tafsiran Simbolik Orang
SESI 4 : 05.00 Petang - 7.00 Petang
: Sambungan Strategi 5 : Tafsiran Simbolik Orang (Khusus HTP)
SESI 5 : 08.30 Malam - 10.30 Malam
: Strategi 6 : Tafsiran Kinetik Rumah-Pokok-Orang dan Sesi Bimbingan AD-HTP
Hari Ke-3 | 11/06/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Sambungan Strategi 6 : Tafsiran Kinetik Rumah-Pokok-Orang dan Sesi Bimbingan AD-HTP
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pembentangan Kumpulan dan Penutup Kursus