Kursus ini dianjurkan selaras dengan komitmen negara dalam pelaksanaan Sustainable Development Goals (SDG). SDG merujuk kepada 17 matlamat yang dibangunkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2015 sebagai pelan tindakan untuk manusia, bumi, kekayaan, dan keamanan menjelang tahun 2030. Malaysia bersama 193 negara anggota PBB yang lain telah menyatakan komitmen untuk menyokong dan melaksanakan SDG untuk mencapai matlamat dan sasaran yang ditetapkan.
Jabatan juga menggalas tanggungjawab untuk menyokong SDG dan pembangunan sektor penternakan secara lestari. Justeru itu, kursus ini dapat memberi pendedahan kepada pegawai jabatan untuk mengenal pasti aspek SDG yang boleh dilaksanakan dalam sektor penternakan.
Selain itu, dasar kementerian seperti Dasar Agromakanan Negara 2.0 (DAN 2.0) dan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan 2021-2025 (DSMN) turut menyentuh aspek SDG. Di dalam DAN 2.0, sebanyak 10 daripada 17 matlamat SDG dikenal pasti untuk dijajarkan ke dalam DAN 2.0 iaitu SDG 1, 2, 6, 8, 9, 12 – 15, dan 17. Teras Dasar 4 (Meningkatkan Amalan Pertanian dan Sistem Makanan yang Mampan) khususnya sejajar dengan SDG 12 (Penggunaan & Pengeluaran yang Bertanggungjawab).
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Aspirasi dan Halatuju KPKM ke arah Kelestarian dan Kemampanan Industri Agromakanan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Sesi Ice Breaking | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Pengenalan kepada SDG dalam Sektor Penternakan |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Fokus SDG Sosial dan Ekonomi | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Fokus SDG Sosial dan Ekonomi | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Fokus SDG Alam Sekitar dan Aktiviti Life-Cycle Assessment |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | SDG dalam Sektor Tanaman | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | SDG dalam Sektor Perikanan | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | SDG dalam Pengurusan Tinja Ternakan di Malaysia | |
SESI 4 | : | 05.00 Petang - 7.00 Petang |
: | Sesi Penutup |