Pengurusan sumber manusia yang cekap adalah tunjang kepada kelestarian organisasi. Urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat merupakan elemen kritikal dalam memastikan kelangsungan perkhidmatan dan operasi di semua agensi perkhidmatan awam terutamanya bagi Skim Perkhidmatan Sistem Maklumat.
Kursus ini dirangka untuk memberikan kefahaman mendalam mengenai prosedur, kriteria dan peraturan terkini yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai kenaikan pangkat pegawai awam.
Melalui penglibatan terus penceramah daripada JPA, peserta yang terdiri daripada pegawai JDN diharapkan dapat meminimumkan ralat dan mengurangkan isu serta permasalahan yang ada dalam urusan kenaikan pangkat.
Terbuka kepada kakitangan Jabatan Digital Negara sahaja.
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Modul 1 – Kerangka Perundangan Urusan Pemangkuan & Kenaikan Pangkat | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Modul 2 – Dasar dan Prinsip Pemangkuan | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Modul 3 – Proses Kerja Urusan Pemangkuan | |
| SESI 4 | : | 05.00 Petang - 7.00 Petang |
| : | Modul 4 – Elaun Pemangkuan dan Kenaikan Gaji |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Modul 5 - Prinsip dan Proses Kenaikan Pangkat | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Modul 6 – Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBK) | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Modul 7 – Pengurusan Kes-Kes Khas | |
| SESI 4 | : | 05.00 Petang - 7.00 Petang |
| : | Modul 8 - Pengurusan Jawatan Kumpulan |