Di dalam Dasar Agromakanan Negara 2.0 (DAN 2.0), lima teras dasar telah dirangka dan salah satunya adalah Pemodenan dan Pertanian Pintar. Menjurus kepada itu, penekanan khusus terhadap sekuriti makanan terhadap subsektor ternakan memerlukan tumpuan diberikan terhadap pembangunan sektor agromakanan melalui penggunaan aplikasi teknologi moden untuk meningkatkan produktiviti seiring dengan perkembangan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0).
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang teknologi pintar yang boleh digunakan dalam sektor penternakan seiring dengan aspirasi DAN 2.0 dan IR4.0. Peserta akan mempelajari perkara-perkara berkaitan pertanian pintar serta mendengar perkongsian daripada rakan industri yang telah menjalankan penternakan moden dan pintar.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pengenalan Kepada IR 4.0 dalam Industri Pertanian | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Pengenalan Kepada Konsep Smart Farming dalam Penternakan di Malaysia | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Pengenalan kepada Aplikasi Sistem IoT dalam Penternakan |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Sistem Aplikasi dan Rangkaian Sokongan untuk Penternakan Pintar | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Penternak Tenusu Moden | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Teknologi IR4.0 |