Kursus ini akan memberi pendedahan kepada pengurus sumber manusia Kementerian/Jabatan/Agensi dalam melaksanakan perancangan dan pembangunan organisasi bagi memastikan operasi Kementerian/Jabatan/Agensi terus relevan.
Susulan kursus dilaksanakan secara bersemuka di IKWAS bagi tahun 2022, para peserta dimohon untuk cakna perkara berikut:
1. Hanya peserta yang telah lengkap dua (2) dos vaksin Covid-19 dibenarkan hadir;
2. Melakukan ujian kendiri COVID-19 dalam tempoh 24 jam sebelum pendaftaran dan membawa keputusan ujian tersebut semasa hari pendaftaran;
3. Peserta yang mempunyai simptom seperti batuk, selesema atau demam atau positif COVID-19 adalah DILARANG sama sekali berkursus di IKWAS;
4. Peserta perlu memuat naik Borang Pengesahan Kehadiran (Lampiran 1) dan Sijil Digital Vaksinasi yang telah mencapai tempoh matang ke dashboard akaun pengguna peserta di laman DTIMS SEBELUM hadir berkursus;
5. Setiap peserta dikehendaki mengimbas suhu di pintu masuk IKWAS dan menunjukkan keputusan ujian kendiri COVID-19 sebelum dibenarkan memasuki kawasan IKWAS.
6. Peserta dimohon untuk mengamalkan dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara sepanjang tempoh berkursus;
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Taklimat Kursus | Ice Breaking | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Petang |
: | Pengenalan Kepada Pembangunan Organisasi Sektor Awam | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Pengenalan Kepada Skim Perkhidmatan |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pengenalan Kepada Pengurusan Perjawatan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Petang |
: | Pembangunan Job Description (JD) | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Penyediaan dan Pembentangan JD |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Kajian Kes dan Perbincangan Kumpulan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Petang |
: | Kajian Kes dan Perbincangan Kumpulan - sambungan | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Rumusan dan Penilaian kursus |