Carian Kursus

[ KEA0001 ] Kursus Etika Kerja : Gamifikasi [ Siri 1/2023 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini akan memberikan pendedahan dan pengetahuan berkaitan peraturan penjawat awam dan permasalahan di tempat kerja serta perbincangan kaedah penyelesaian melalui gamifikasi.

Objektif Kursus
  1. Mengenal pasti kepentingan pembudayaan etika kerja profesional dalam perkhidmatan awam berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib), 1993
  2. Menyenaraikan kepentingan etika kerja profesional ketika melaksanakan tugas sebagai penjawat awam berdasarkan Buku Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam (INTAN, 1991)
  3. Mengaplikasi lapan nilai etos sebagai asas etika kerja profesional dalam perkhidmatan awam berdasarkan Buku Etos Perkhidmatan Awam (MAMPU, 2012)
Brosur/Dokumen
Syarat Tambahan

Kursus  Etika Kerja : Gamifikasi Siri 1/2023 ini akan diadakan secara dalam talian.

Antara syarat lain:

1- Peserta TIDAK PERNAH menyertai Kursus Etika Kerja : Gamifikasi anjuran INTAN Bukit Kiara sebelum ini.

2- Peserta yang berjaya terpilih perlulah menggunakan komputer/komputer riba yang dilengkapi dengan kamera dan mikrofon yang berfungsi dengan baik. Penggunaan telefon bimbit atau peranti lain adalah TIDAK BERSESUAIAN memandangkan peserta akan menjalani aktiviti bertulis dalam slot-slot perkongsian. 

3- Peserta perlu menghadiri setiap slot perkongsian dengan menggunakan NAMA SEBENAR.

4- Peserta perlu mengisi penilaian kursus setelah tamat kursus.

Kegagalan peserta untuk mematuhi syarat-syarat asas ini boleh menyebabkan permohonan kursus seterusnya tidak akan dipertimbangkan.

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 13/02/2023 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Peribadi Unggul
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Kepimpinan Beretika
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Integriti
Hari Ke-2 | 14/02/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Nilai-nilai Murni
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Etika Kerja
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kajian Kes & Penutup