Carian Kursus

[ WZA0060 ] Bengkel Penyediaan Projek KIK Horizon Baharu [ Siri 1/2022 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan untuk menerangkan kepada peserta mengenai pelaksanaan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi dalam sektor awam melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK).  Selain itu, peserta kursus boleh mengaplikasikan proses dan penggunaan kaedah dan teknik dalam menghasilkan projek KIK.  Dalam masa yang sama, peserta dapat menyediakan projek KIK dengan berkualiti dan menepati PTPA 1/2016 bagi tujuan konvensyen KIK pelbagai peringkat. Kursus ini sesuai kepada penjawat awam dari perlabagai Gred yang telah dilantik untuk melaksanakan projek KIK di Jabatan masing-masing bagi tujuan menyertai konvensyen KIK peringkat Jabatan/ Kementerian / Negeri.  Kursus ini dilaksanakan dalam tempoh 3 hari dan ditawarkan kepada penjawat awam Gred 19 hingga 48 yang terlibat dengan projek KIK di Jabatan.

Objektif Kursus
  1. Menghasilkan Projek KIK Horizon Baharu dengan tepat berdasarkan keperluan PTPA 2016 bagi tujuan pertandingan Konvensyen KIK; dan
  2. Menyediakan dokumentasi Projek KIK Horizon Baharu mengikut kriteria dan format yang ditetapkan oleh PTPA 2016.
Brosur/Dokumen
Syarat Tambahan

1. Dilantik oleh Ketua jabatan sebagai Fasilitator/ Ketua/ Ahli kumpulan KIK jabatan;

2.Telah melaksanakan projek KIK Horizon Baharu di Jabatan; dan 

3. Telah mendaftar untuk mengikuti konvensyen KIK Horizon Baharu peringkat Jabatan/ Kementerian/ Negeri

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 07/06/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: OVERVIEW HORIZON BAHARU KIK
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: PENYEDIAAN DOKUMENTASI & KRITERIA PEMARKAHAN KIK HORIZON BAHARU
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: PROBLEM STATEMENT & PENULISAN RINGKASAN PROJEK KIK HORIZON BAHARU
Hari Ke-2 | 08/06/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: METODOLOGI INOVASI & KREATIVITI
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: SAMB..METADOLOGI INOVASI & KREATIVITI
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: DAPATAN ANALISA PROJEK KIK HORIZON BAHARU
Hari Ke-3 | 09/06/2022 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PROSEDUR DAN KEPENTINGAN PENDAFTARAN HARTA INTELEK
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: PEMBENTANGAN PROJEK KIK HORIZON BAHARU & RUMUSAN