Kursus ini bertujuan untuk menerangkan kepada peserta mengenai pelaksanaan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi dalam sektor awam melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK). Selain itu, peserta kursus boleh mengaplikasikan proses dan penggunaan kaedah dan teknik dalam menghasilkan projek KIK. Dalam masa yang sama, peserta dapat menyediakan projek KIK dengan berkualiti dan menepati PTPA 1/2016 bagi tujuan konvensyen KIK pelbagai peringkat. Kursus ini sesuai kepada penjawat awam dari perlabagai Gred yang telah dilantik untuk melaksanakan projek KIK di Jabatan masing-masing bagi tujuan menyertai konvensyen KIK peringkat Jabatan/ Kementerian / Negeri. Kursus ini dilaksanakan dalam tempoh 3 hari dan ditawarkan kepada penjawat awam Gred 19 hingga 48 yang terlibat dengan projek KIK di Jabatan.
1. Dilantik oleh Ketua jabatan sebagai Fasilitator/ Ketua/ Ahli kumpulan KIK jabatan;
2.Telah melaksanakan projek KIK Horizon Baharu di Jabatan; dan
3. Telah mendaftar untuk mengikuti konvensyen KIK Horizon Baharu peringkat Jabatan/ Kementerian/ Negeri
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | OVERVIEW HORIZON BAHARU KIK | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | PENYEDIAAN DOKUMENTASI & KRITERIA PEMARKAHAN KIK HORIZON BAHARU | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | PROBLEM STATEMENT & PENULISAN RINGKASAN PROJEK KIK HORIZON BAHARU |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | METODOLOGI INOVASI & KREATIVITI | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | SAMB...METADOLOGI INOVASI & KREATIVITI | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | DAPATAN ANALISA PROJEK KIK HORIZON BAHARU |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | PROSEDUR DAN KEPENTINGAN PENDAFTARAN HARTA INTELEK | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | PEMBENTANGAN PROJEK KIK HORIZON BAHARU & RUMUSAN |