Carian Kursus

[ TZA0031 ] Kursus Pengurusan Mesyuarat [ Siri 2/2023 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini dilaksanakan bagi melatih penjawat awam agar mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan mesyuarat berdasarkan Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 2018.

Objektif Kursus
  1. Menyenaraikan pekeliling dan garis panduan pengurusan mesyuarat Kerajaan yang sedang berkuatkuasa
  2. Menyediakan senarai semak sebelum, semasa dan selepas mesyuarat
  3. Menyenaraikan dokumen-dokumen yang perlu disediakan untuk tujuan mesyuarat; dan
  4. Mengaplikasikan penyediaan minit mesyuarat dan laporan maklum balas keputusan mesyuarat dengan betul.
Syarat Tambahan

Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus dalam talian perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:

  1. Tidak perlu hadir secara fizikal ke INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM) sama ada untuk pendaftaran, menghadiri kuliah dan sebagainya. Hanya perlu berada di tempat masing-masing dengan akses kepada komputer berinternet, mikrofon dan webcam.
  2. Mendaftar masuk ke platform dalam talian yang telah ditetapkan tepat jam 8.00 pagi pada hari berkursus. Link ke platform akan diedarkan oleh urus setia kursus sehari sebelum kursus bermula.
  3. Hadir berkursus 80% tanpa gagal bagi melayakkan untuk menerima Sijil Kehadiran Kursus. 
  4. WAJIB menetapkan webcam pada mod ON (live image) semasa kursus berlangsung dan menetapkan mikrofon pada mod OFF sekiranya tidak digunakan.
  5. Mengemukakan soalan atau maklum balas semasa sesi pembelajaran dengan mengangkat tangan sebelum menetapkan mikrofon pada mod ON atau taip melalui ruangan chat window.
  6. Mengekalkan adab tatasusila semasa berinteraksi menerusi ruangan chat window. Beri laluan kepada penceramah/peserta lain untuk turut berkongsi maklumat.                           
  7. Memastikan bebas daripada aktiviti lain semasa menghadiri kursus. Sekiranya perlu menguruskan hal penting yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada urus setia melalui ruangan chat window.
  8. Membuat penilaian kursus  melalui pautan www.dtims.intan.my bagi memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus.
Modul/Topik
Hari Pertama | 28/08/2023 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Taklimat Kursus & Pendaftaran
: Panduan Pengurusan Mesyuarat Kerajaan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Tadbir Urus Mesyuarat
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penyediaan Dokumen Mesyuarat
Hari Ke-2 | 29/08/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Latih Amal 1: Penyediaan Dokumen Mesyuarat
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Penulisan Minit Mesyuarat
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Latih Amal 2: Penulisan Minit Mesyuarat
Hari Ke-3 | 30/08/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penyediaan Laporan Maklum Balas
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Latih Amal 3: Penyediaan Laporan Maklum Balas
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Rumusan dan Penilaian Kursus