Carian Kursus

[ IEB0040 ] KURSUS VIDEOGRAPHER PROFESIONAL [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

Kursus Videographer Profesional ini dianjurkan bagi melahirkan individu yang kompeten dan berdaya saing dalam industri penyiaran. Kursus ini akan berlangsung selama tiga (3) hari bermula pada 27 hingga 29 julai 2026 di Tasik Banding dan memberi penekanan kepada konsep multiskill, iaitu kebolehan seorang videografer untuk mengendalikan pelbagai aspek produksi secara menyeluruh

Objektif Kursus
  1. i. Melahirkan Videografer yang berkemahiran multiskill. Membentuk peserta yang mampu mengendalikan pelbagai aspek produksi video seperti penggambaran, pencahayaan, audio, dan penyuntingan, bukan sekadar fokus kepada kamera sahaja.
  2. ii. Meningkatkan kemahiran teknikal videografi. Memberi pendedahan dan latihan praktikal dalam penggunaan peralatan seperti kamera, drone, mikrofon serta teknik rakaman yang betul dan profesional
  3. iii. Mengasah kreativiti dan storytelling. Membantu peserta menghasilkan video yang menarik melalui teknik penceritaan visual (visual storytelling) yang berkesan dan kreatif dalam menghasilkan kandungan visual yang berkualiti dan berimpak tinggi
  4. iv. Memahami proses produksi secara menyeluruh. Memberi kefahaman tentang keseluruhan aliran kerja produksi video bermula daripada perancangan, penggambaran hingga ke proses suntingan akhir
Modul/Topik
Hari Pertama | 27/07/2026 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: MODUL 1: PENGENALAN / INTRO - Pengenalan kursus - Penerbitan video - Konsep penulisan skrip format penulisan skrip - Gaya Bahasa skrip - Asas storytelling - Penulisan skrip
SESI 2 : 05.00 Petang - 7.00 Petang
: MODUL 2: PENGENDALIAN PERALATAN - Peralatan-peralatan shooting - Penggunaan peralatan (teknik/skill) - Audio - Lighting
SESI 2 : 08.30 Malam - 10.30 Malam
: MODUL 3: PENGENDALIAN KAMERA VIDEO - Terma shot - Looking room - Head room - Rules of third - Creative shot - pengarahan
Hari Ke-2 | 28/07/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: MODUL 4: PRAKTIKAL OUTDOOR - Shooting berkumpulan di beberapa tempat yang telah dipilih. Antaranya 1) Perkampungan orang asli 2) Bunga Pakma @ raflesia 3) Pulau tujuh 4) Royal belum 5) Jeti
: 02.30 Petang - 04.30 Petang
: MODUL 5: EDITING - Pengenalan editing video (software/hardware) - Transfer bahan shooting ke dalam system editing - Offline dan Online editing - Mixing Audio music & background effect - Title 2D & 3D effect - Colour Balance - Color Grading
: 08.30 Malam - 10.30 Malam
: - Asas 3D graphic (Template after effect / 3D tracker / Roto brush) (editing video projek berkumpulan)
Hari Ke-3 | 29/07/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: MODUL 6: FINAL COMPILATION - Rendering (media encoder, f4v) - Kerja-kerja akhir penyuntingan - Final compilation master video - Tayangan video projek - Penyampaian sijil