Carian Kursus

[ SZA0035 ] Kursus myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam [ Siri 2/2024 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini memberikan bertujuan pendedahan kepada penjawat awam berkaitan dengan garis panduan, pendekatan dan langkah-langkah menyediakan dokumen MyPortfolio berpandukan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 4 Tahun 2018 myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam yang diterbitkan pada 12 Julai 2018 dan Surat PKPA Bil. 1 Tahun 2018 Panduan Penetapan Tempoh Masa dalam Carta Alir bagi myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam yang diterbitkan pada 12 Oktober 2018.

Objektif Kursus
  1. Menerangkan dan melaksanakan tatacara penyediaan myPortfolio dengan teratur; dan
  2. Menyediakan satu myPortfolio untuk satu jawatan yang berasaskan sekurang-kurangnya satu proses kerja bagi tujuan pembentangan dan perbincangan kumpulan berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan semasa.
Syarat Tambahan

Kursus ini akan dilaksanakan secara bersemuka. Tuan/Puan hendaklah memastikan penggunaan e-mel rasmi yang dikemukakan dalam sistem DTIMS adalah yang terkini.

Pemakluman status permohonan (termasuk surat tawaran kursus) akan dihantar terus ke e-mel yang telah didaftarkan dalam sistem HRMIS Tuan/Puan. Sila pastikan HRMIS telah dikemaskini dengan butiran terkini.

Pegawai baru digalakkan untuk menyertai kursus ini.

Modul/Topik
Hari Pertama | 27/05/2024 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pendaftaran & Taklimat Kursus
: Modul A - Pengenalan myPortfolio
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Modul B - Tatacara Penyediaan myPortfolio
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Modul B - Tatacara Penyediaan myPortfolio (JD)
Hari Ke-2 | 28/05/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Latih Amal myPortfolio
: Latih Amal myPortfolio
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Modul C - Proses Penyediaan myPortfolio (carta alir, senarai semak, undang-undang, jawatankuasa, senarai borang)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Latih Amal (Persediaan)
: Latih Amal (Persediaan)
Hari Ke-3 | 29/05/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Modul D - Sesi pembentangan 1
: Modul D - Sesi pembentangan 1
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Modul D - Sesi pembentangan 2
: Modul D - Sesi pembentangan 2
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Modul E - Rumusan Dan Penilaian & Penutup
: Modul E - Rumusan Dan Penilaian & Penutup