Sub Program Pengurusan Projek, Program Pengajian Dasar Awam, Pengurusan Projek dan Governan akan menganjurkan Kursus Seni Berkebun di Rumah pada 27 hingga 28 Ogos 2024. Kursus ini adalah terbuka kepada semua.
Para peserta akan didedahkan dengan pelbagai kaedah dan teknik berkebun samada di belakang, di halaman mahupun di dalam rumah. Peserta akan didedahkan dengan bagaimana memilih tanaman yang sesuai untuk di tanam di rumah kita sendiri, membuat baja dan racun secara organik.Peserta juga dapat mengetahui cara menanam pokok sayur-sayuran, umbisi dan buah-buahan. Selain itu, pelbagai teknik baru akan diperkenalkan seperti kitchen garden, keyhole, window garden, microgreen, hidroponic,NFT dan lain-lain. Jom belajar cara-cara Berkebun di Rumah
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pengenalan, Teori, Konsep & Praktikal : Seni Berkebun di Rumah Agritecture | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Berkebun di Halaman Rumah (Teknik Semaian dan Pembiakan Vegetatif) | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Persiapan Berkebun di Rumah ( Penyediaan Plant Booster) |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Berkebun di Belakang Rumah (Do It Yourself - DIY Garden) | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Persiapan Berkebun di Rumah (Penyediaan Tanah Campuran dan Pembajaan) | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Praktikal Penyediaan Tanaman & Rumusan |