Carian Kursus

[ TZA0004 ] Kursus Imej dan Keterampilan [ Siri 3/2021 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan kepada penjawat awam berkenaan pengurusan imej dan ketrampilan diri yang lebih rapi, selari dengan norma dan kod etika pemakaian bagi meningkatkan keyakinan diri dan menonjolkan kewibawaan serta identiti tersendiri individu tersebut.

Berikutan kursus ini akan melibatkan amali, peserta diminta menyediakan tali ukur untuk mengukur bentuk badan dalam slot kedua kursus.

Objektif Kursus
  1. Di akhir kursus, peserta akan dapat menerangkan kepentingan imej dan keterampilan penjawat awam berdasarkan kod etika pemakaian penjawat awam dan pekeliling-pekeliling yang berkuatkuasa;
  2. Di akhir kursus, peserta akan dapat menerangkan panduan tatacara/tatahias yang bersesuai dengan bentuk fizikal, wajah, warna kulit individu tersebut; dan
  3. Di akhir kursus, peserta akan dapat mengaplikasikan tatacara berpakaian yang betul mengikut acara/majlis dihadiri
Syarat Tambahan

Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus bersemuka perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:

1.       Tidak berasal dari zon merah Covid-19. Jika rumah/pejabat diisytiharkan zon merah, sila maklumkan lebih awal kepada urus setia untuk dibatalkan penyertaan kursus.

2.       Mendaftar masuk ke penginapan INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM) sebelum jam 4.30 petang sehari sebelum kursus bermula.

3.       Memuat turun buku program dan nota kursus sebelum kursus bermula melalui pautan kursus berkenaan di www.dtims.intan.my.

4.       Menetapkan telefon bimbit pada mod SENYAP sepanjang sesi pembelajaran.

5.       Bersedia di bilik kursus 5 minit lebih awal sebelum sesi pembelajaran bermula. Pastikan tandatangan buku kehadiran atau scan QR Code setiap kali hadir ke sesi pembelajaran.

6.       Menyelesaikan pre test pada awal kursus dan post test pada akhir kursus. Link kepada pre dan post test akan diberikan oleh urus setia semasa taklimat kursus.

7.       Mengemukakan soalan atau maklum balas semasa sesi pembelajaran dengan mengangkat tangan. Kekalkan adab tatasusila semasa berinteraksi dan beri laluan kepada penceramah/peserta lain untuk turut berkongsi maklumat.                           

8.       Memastikan bebas daripada aktiviti lain semasa menghadiri kursus. Sekiranya perlu menguruskan hal penting yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada urus setia dan penceramah.

9.       Mematuhi larangan premis Kerajaan bebas rokok dan peraturan-peraturan lain berkuatkuasa semasa.

10.     Membuat penilaian kursus  melalui pautan www.dtims.intan.my bagi memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus.

Modul/Topik
Hari Pertama | 22/06/2021 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT KURSUS
: PRE TEST
: PERANAN IMEJ & KETERAMPILAN DIRI (TRANSFORMASI PENJAWAT AWAM)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: MEMAHAMI JENIS BENTUK BADAN, PENAMPILAN DIRI & TATARIAS
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: PENAMPILAN DIRI & TATAHIAS (PENGARUH PSIKOLOGI WARNA)
Hari Ke-2 | 23/06/2021 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENAMPILAN & PEMILIHAN PAKAIAN MENGIKUT KESESUAIAN ACARA ( RASMI / TIDAK RASMI )
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: POST TEST & PENILAIAN KURSUS