Carian Kursus

[ KPB0004 ] Kursus Pensijilan Pengurusan Projek Awam Bersepadu (3PAB) - Modul III : Pelaksanaan Dan Pemantauan Projek [ Siri 1/2023 ]

Sinopsis Kursus

Kursus 3PAB ialah kursus komprehensif khusus untuk pegawai awam yang terlibat dalam pengurusan projek awam. Kursus ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada peserta sebagai pengurus projek bertauliah yang berkemampuan menguruskan projek secara profesional.

 

Peserta akan mengikuti pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran serta melalui pelbagai bentuk penilaian secara menyeluruh sepanjang kursus dijalankan.

 

Bagi melayakkan peserta dipertimbangkan pentauliahan dengan pensijilan pengurusan projek awam bersepadu (3PAB), peserta perlu menghadiri ke semua Modul I, Modul II, Modul III, Modul IV dan Modul V (penempatan projek) dalam tempoh masa dua (2) tahun.

 

Kursus ini dilaksanakan selama lima (4) hari secara bermodul.

Objektif Kursus
  1. Meningkatkan kompetensi, daya inovasi dan kreativiti dalam merancang, melaksana, memantau dan menilai projek.
  2. Menyediakan platform untuk mengenal pasti dan mengaplikasi kaedah terbaik dalam pengurusan projek serta mampu menyelesaikan masalah.
  3. Membangunkan kumpulan kepakaran dalam bidang pengurusan projek.
  4. Mendapat pengiktirafan sebagai pengurus projek bertauliah dan berkemampuan menguruskan projek secara profesional.
  5. Menyediakan peluang perkongsian pelbagai bidang kepakaran dalam pengurusan projek melalui strategi kolaboratif.
Modul/Topik
Hari Pertama | 06/03/2023 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengurusan Risiko Projek
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Simulasi Pengurusan Risiko Projek
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Permohonan dan Pemantauan Projek menggunakan MyProject
Hari Ke-2 | 07/03/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pemantauan Projek dari Perspektif ICU
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pemantauan Projek dan Kawalan Projek daripada Perspektif JKR
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kawal Selia Projek
Hari Ke-3 | 08/03/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penjadualan dan Pemantauan Projek menggunakan Microsoft Project
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Penjadualan dan Pemantauan Projek menggunakan Microsoft Project
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penjadualan dan Pemantauan Projek menggunakan Microsoft Project
Hari Ke-4 | 09/03/2023 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Keperluan Peraturan Industri Pembinaan Malaysia
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Persediaan Peperiksaan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Peperiksaan