Carian Kursus

[ TZA0004 ] Kursus Imej dan Keterampilan [ Siri 1/2022 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan kepada penjawat awam berkenaan pengurusan imej dan keterampilan diri yang lebih rapi selari dengan norma dan kod etika pemakaian bagi meningkatkan keyakinan diri dan menonjolkan kewibawaan serta identiti tersendiri individu tersebut.

Objektif Kursus
  1. Di akhir sesi, peserta akan dapat menerangkan kepentingan imej dan keterampilan penjawat awam berdasarkan kod etika pemakaian penjawat awam
  2. Di akhir sesi, peserta akan dapat mengaplikasikan tatacara berpakaian yang betul mengikut acara/majlis dihadiri.
  3. Di akhir sesi, peserta akan dapat menerangkan panduan tatacara/tatahias yang sesuai dengan individu tersebut berdasarkan pemilihan warna yang betul.
Syarat Tambahan

Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus bersemuka perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:

1.       Tidak datang dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) Covid-19. Jika rumah/pejabat diisytiharkan PKPD, sila maklumkan lebih awal kepada urus setia untuk dibatalkan penyertaan kursus.

2.       Mendaftar masuk ke penginapan INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM) sebelum jam 4.30 petang sehari sebelum kursus bermula.

3.       Hadir berkursus 80% tanpa gagal bagi melayakkan untuk menerima Sijil Kehadiran Kursus. 

4.       Memuat turun buku program dan nota kursus sebelum kursus bermula melalui pautan kursus berkenaan di www.dtims.intan.my.

5.       Menetapkan telefon bimbit pada mod SENYAP sepanjang sesi pembelajaran.

6.       Bersedia di bilik kursus 5 minit lebih awal sebelum sesi pembelajaran bermula. Pastikan tandatangan buku kehadiran atau scan QR Code setiap kali hadir ke sesi pembelajaran.

7.       Mengemukakan soalan atau maklum balas semasa sesi pembelajaran dengan mengangkat tangan. Kekalkan adab tatasusila semasa berinteraksi dan beri laluan kepada penceramah/peserta lain untuk turut berkongsi maklumat.                           

8.       Memastikan bebas daripada aktiviti lain semasa menghadiri kursus. Sekiranya perlu menguruskan hal penting yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada urus setia dan penceramah.

9.       Mematuhi larangan premis Kerajaan bebas rokok dan peraturan-peraturan lain berkuatkuasa semasa.

10.     Peserta digalakkan untuk solat berjemaah di Surau Al-Hidayah INTIM sepanjang kursus berlangsung. 

11.     Membuat penilaian kursus melalui pautan www.dtims.intan.my bagi memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus.

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 07/02/2022 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT KURSUS
: PERANAN IMEJ & KETERAMPILAN DIRI (TRANSFORMASI PENJAWAT AWAM)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: MEMAHAMI JENIS BENTUK BADAN, PENAMPILAN DIRI DAN TATARIAS
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: LATIH AMAL
Hari Ke-2 | 08/02/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENAMPILAN DAN PEMILIHAN PAKAIAN MENGIKUT KESESUAIAN ACARA
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: PENGARUH PSIKOLOGI WARNA
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: LATIH AMAL
Hari Ke-3 | 09/02/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PERBINCANGAN KUMPULAN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: PERSEMBAHAN KUMPULAN
: RUMUSAN & PENILAIAN