Carian Kursus

[ KPA0001 ] Kursus Masterclass in Public Policy Making [ Siri 1/2023 ]

Sinopsis Kursus
  • Kursus ini terbuka kepada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dari gred 29 hingga 56 yang berkhidmat di kementerian/jabatan persekutuan/agensi/kerajaan negeri dan terlibat dalam penggubalan serta pelaksanaan dasar di jabatan/agensi masing-masing.  
  • Kursus ini akan dijalankan selama 4 hari dengan melibatkan sesi pembelajaran berbentuk teori dan analitikal.
  • Sesi ceramah akan dijalankan secara bersemuka.
Objektif Kursus
  1. Menyenaraikan secara terperinci proses penggubalan dasar awam berdasarkan kepada 6 kitaran polisi.
  2. Menjelaskan pendekatan dasar berasaskan bukti (evidence-based) dalam merangka dasar-dasar Kerajaan seperti keperluan di dalam Rancangan Malaysia ke-12.
  3. Merangka satu kertas perancangan dasar yang lengkap untuk pelaksanaan dasar Kerajaan yang lebih efektif menggunakan pendekatan Regulatory Impact Analysis (RIA).
Brosur/Dokumen
Syarat Tambahan

1. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;

2. Sepanjang 4 hari kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri setiap sesi dan aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% @ melebihi 2 slot kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK diberikan sijil kehadiran kursus;

3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus;

4. Minum pagi dan makan tengah hari sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak INTAN;

5. Tempat penginapan di Asrama INTAN Bukit Kiara tidak dapat disediakan.

6. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada peserta semasa sesi taklimat pada hari pertama kursus.

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 15/05/2023 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Introduction to Public Policy
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Behavioural Insights (BI) in Public Policy
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Behavioural Insights (BI) in Public Policy
Hari Ke-2 | 16/05/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Data Analytics for Decision Making
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Data Analytics and Data Insight
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Overview of Good Regulatory Practice (GRP), Developing Problem Statement and Objectives (RIA)
Hari Ke-3 | 17/05/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Policy Options and Impact Analysis (RIA)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Public Consultation
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Conclusion & Recommendation of Preferred Options and Strategy for Implementation (RIA)
Hari Ke-4 | 18/05/2023 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Group Discussion: Case Study in Good Policy Practice
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Case Study Presentation