Carian Kursus

[ KEA0002 ] Kursus Etika Kerja Perkhidmatan Awam : Peranan Penyelia [ Siri 3/2021 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini akan memberikan pendedahan dan tunjuk ajar mengenai peranan yang perlu dilaksanakan oleh para penyelia dalam mewujudkan budaya kerja cemerlang di kalangan pegawai dan kakitangan di bawah seliaan. Ia wajar dihadiri oleh mereka yang ingin menambahkan ilmu dan pengetahuan serta kemahiran dalam aspek penyeliaan berkesan.

Objektif Kursus
  1. Mengenal pasti kepentingan pembudayaan etika kerja profesional dalam perkhidmatan awam.
  2. Menyenarai peranan Penyelia dalam meningkatkan etika kerja perkhidmatan awam.
  3. Mengaplikasi solusi permasalahan etika kerja perkhidmatan awam.
Brosur/Dokumen
Syarat Tambahan

Sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN), tuan/puan boleh menghubungi Encik Mohd Shahrir Bin Mohd Shamsudin, Penyelaras Kursus di talian 019-270 1402 sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang soalan mengenai kursus ini. Terima kasih.

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 04/08/2021 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Peranan Penyelia: Etika Kerja
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Peranan Penyelia: Asas Kaunseling
: Peranan Penyelia: Inovasi dan Kreativiti
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Panduan Penilaian Prestasi
: Pengurusan Tatatertib: Kesilapan Lazim Penyelia