"Pembinaan negara bangsa merupakan matlamat utama sesebuah negara dan boleh dianggap sebagai kemuncak kejayaan bagi sesebuah negara, pentadbiran serta penduduknya.”- Mohamad Rodzi Abdul Razak: JEBAT 36 (2009) 90-106
Kursus Negara Bangsa dilaksanakan bagi membantu penjawat awam memahami konsep pembinaan Negara Bangsa Malaysia menurut Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan sejarah. Konsep-konsep penting pembinaan negara bangsa seperti asimilasi, integrasi, nasionalisma, patriotisma, pembentukan jati diri, hubungan etnik dan pengurusan perpaduan masyarakat majmuk akan dibincangkan secara kritis bagi mencetus kesedaran dan pemikiran matang peserta.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir kursus, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Rukun Negara, peserta akan dapat:
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pembinaan Negara Bangsa | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Perlembagaan Persekutuan Pasak Negara Bangsa Malaysia | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Jati Diri Bangsa Malaysia |