Carian Kursus

[ KEA0001 ] Kursus Etika Kerja : Gamifikasi [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini akan memberikan pendedahan dan pengetahuan berkaitan peraturan penjawat awam dan permasalahan di tempat kerja serta perbincangan kaedah penyelesaian melalui gamifikasi.

Objektif Kursus
  1. Mengenal pasti kepentingan pembudayaan etika kerja profesional dalam perkhidmatan awam berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib), 1993
  2. Menyenaraikan kepentingan etika kerja profesional ketika melaksanakan tugas sebagai penjawat awam berdasarkan Buku Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam (INTAN, 1991)
  3. Mengaplikasi lapan nilai etos sebagai asas etika kerja profesional dalam perkhidmatan awam berdasarkan Buku Etos Perkhidmatan Awam (MAMPU, 2012)
Syarat Tambahan

Kursus Etika Kerja : Gamifikasi Siri 1/2025 ini akan diadakan secara BERSEMUKA di INTAN Bukit Kiara.

  1. Peserta dikehendaki berada dalam keadaan sihat semasa melapor diri pada hari pendaftaran kursus.
  2. Peserta diwajibkan menghadiri setiap slot yang diadakan sepanjang kursus.
  3. Peserta diminta membayar yuran pendaftaran kursus sebanyak RM30 dalam sistem DTIMS. Resit penerimaan bayaran boleh dimuat turun dalam sistem DTIMS

***Bermula Mac 2023, tiada penginapan disediakan kepada peserta memandangkan asrama penginapan INTAN berada di bawah proses penyelenggaraan.

Modul/Topik
Hari Pertama | 05/02/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Engage Governance: Etika Kerja
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Positif dan Ceria: Minda Beretika
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Cetus Kreativiti
Hari Ke-2 | 06/02/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Siapa Saya?: Peribadi Unggul
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Inovasi Kerja: Refleksi Nilai-nilai Murni
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Rumusan & Penutup