Carian Kursus

[ ICB0054 ] MASTERCLASS : AFFILIATE MARKETING FOR DIGITAL INCOME [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini memfokuskan strategi menjana pendapatan melalui TikTok Affiliate bagi pencipta kandungan, merangkumi penguasaan ekosistem TikTok, penghasilan kandungan berimpak, pengoptimuman profil dan video, TikTok LIVE berkesan serta teknik pemasaran affiliate untuk meningkatkan jualan.

Objektif Kursus
  1. Memahami ekosistem TikTok dan peranannya dalam strategi pemasaran moden.
  2. Menghasilkan kandungan yang mampu menarik minat serta membina kepercayaan audiens.
  3. Merancang serta melaksanakan sesi TikTok LIVE yang berimpak tinggi.
  4. Menukar strategi kandungan kepada hasil perniagaan yang boleh diukur.
  5. Menguasai konsep asas TikTok Affiliate Marketing, termasuk struktur komisen, penggunaan pautan affiliate dan strategi menjana jualan melalui kandungan video.
Syarat Tambahan

Kursus ini terbuka kepada pengguna TikTok yang mempunyai sekurang-kurangnya 1,000 pengikut.

Modul/Topik
Hari Pertama | 02/09/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENGENALAN KEPADA AFFILIATE MARKETING • Cara Affiliate Berfungsi (Link, Komisen, Platform Popular Seperti TikTok Shop)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: TIKTOK UNTUK BISNES & AFFILIATE • TikTok platform terbaik untuk affiliate? • Algoritma TikTok dan cara ia berfungsi
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: PENDAFTARAN AKAUN TIKTOK SHOP • Daftar akaun TikTok & TikTok Shop Affiliate • Niche: Pilih produk sesuai dengan minat/audience • Kajian pasaran & pesaing di TikTok
Hari Ke-2 | 03/09/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: ASAS PERANCANGAN KANDUNGAN (HOOK, SKRIP, CTA)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: TEKNIK RAKAMAN VIDEO - TELEFON + DEMO LIVE • Lighting, framing, audio • Lokasi dan latar belakang • Gaya rakaman untuk kelihatan natural
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Editing Video - CapCut • Asas penggunaan CapCut • Teks, efek dan transition • Muzik, voice over & subtitle auto • Template CapCut untuk affiliate
Hari Ke-3 | 04/09/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: STRATEGI POSTING & HASHTAG • Waktu terbaik post TikTok • Penggunaan hashtag yang betul • Caption & keyword dalam description
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pembentangan Video Peserta dan Penilaian
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Sambungan Pembentangan Video Peserta dan Penilaian