Carian Kursus

[ SZA0043 ] Kursus Mastering Innovation Through Design Thinking [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini dilaksanakan khususnya bagi memastikan metodologi Mastering Innovation Through Design Thinking ini dapat diterapkan dan dipraktikkan sebagai satu kaedah terkini dalam mendorong pemikiran kreatif di kalanagan penjawat awam khususnya dalam keupayaan bersintesis serta menghasilkan idea-idea yang kreatif dan inovatif berfokuskan rakyat dan berimpak tinggi.  Penggunaannya juga dapat mengukuhkan semangat kerja berpasukan serta memupuk hubungan terbuka dan harmoni antara pihak pengurusan dan pekerja. 

Mastering Innovation Through Design Thinking juga telah digariskan sebagai salah satu kaedah penghasilan projek selain daripada Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy) dalam Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2016 : Panduan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi Dalam Perkhidmatan Sektor Awam melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)

Mastering Innovation Through Design Thinking ialah metodologi yang terdiri daripada lima (5) Langkah iaitu Empati (Empathy), Takrif (Define), Jana (Ideate), Prototaip  (Prototype) dan Uji (Test).  Menurut Tim Brown, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IDEO, metodologi ini merupakan satu pendekatan bagi penghasilan inovasi berfokuskan rakyat dengan mengintegrasikan keperluan masyarakat, teknologi dan penciptaan nilai.

Objektif Kursus
  1. Diakhir kursus peserta akan dapat : Menerangkan Metodologi Mastering Innovation Through Design Thinking
  2. Mengaplikasikan lima (5) langkah Mastering Innovation Through Design Thinking dalam penghasilan penyelesaian yang kreatif
  3. Mengaplikasikan semangat kerja berpasukan dalam menyelesaikan isu yang diberi
Modul/Topik
Hari Pertama | 14/05/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Taklimat Kursus / Ice Breaking / Taklimat Pentadbiran Kursus
: PENGENALAN KEPADA DESIGN THINKING
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: LANGKAH 1 : EMPATHISE
: TUGASAN LAPANGAN
: LANGKAH 2 : DEFINE
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: LANGKAH 3 : IDEATE
: LANGKAH 4 : PROTOTYPE
Hari Ke-2 | 15/05/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: LANGKAH 5 : TESTING & ITERATE
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: TUGASAN LAPANGAN
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: LATIHAN & PERSEMBAHAN : STOREYTELLING / RUMUSAN KURSUS / PENILAIAN KURSUS