Carian Kursus

[ EAA0095 ] KURSUS ROOT CAUSE ANALYSIS FOR DEVIATION IN FOOD SAFETY SYSTEM OF SLAUGHTERHOUSE AND ANIMAL BASED PRODUCTS PROCESSING PLANT TAHUN 2026 (UPSKILLING-GS) [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus Root Cause Analysis for Deviation in Food Safety System of Slaughterhouse and Animal Based Products Processing Processing Plant anjuran Bahagian Kesihatan Awam Veterinar adalah terbuka kepada Pegawai Pengembangan Veterinar dan orang awam yang berumur 18 tahun ke atas (pegawai kualiti jaminan keselamatan makanan berasaskan hasilan terrnakan (QA/ QC) bagi loji penyembelihan dan pemprosesan produk) bagi meningkatkan kemahiran dan yang boleh diaplikasikan dalam mengenalpasti punca penyimpangan melibatkan produk berasaskan hasilan ternakan di samping perkongsian pengalaman dari penceramah yang mempunyai kepakaran dan pengalaman di lapangan.

Keselamatan makanan merupakan aspek kritikal dalam industri penyembelihan dan pemprosesan produk hasilan haiwan, khususnya dalam memastikan produk yang dihasilkan adalah selamat untuk pengguna serta mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Dalam konteks ini, pemantauan melalui Pengurusan Indeks Patogen dan Residu (IPR) memainkan peranan penting dalam mengesan sebarang ketidakakuran, penyimpangan atau kontaminasi yang boleh menjejaskan kualiti dan keselamatan makanan hasilan haiwan.

Seiring dengan peningkatan keperluan pematuhan terhadap standard keselamatan makanan, pihak premis seperti loji penyembelihan dan loji pemprosesan produk berdepan cabaran dalam mengenal pasti punca sebenar sesuatu ketidakakuran secara tepat dan berkesan. Kegagalan mengenal pasti punca (root cause) boleh menyebabkan tindakan pembetulan yang diambil tidak menyeluruh, seterusnya mengakibatkan isu yang sama berulang dan memberi kesan kepada tahap pematuhan serta reputasi premis.

Merujuk kepada Pengurusan Indeks Patogen dan Residu (IPR), setelah notifikasi pemakluman Indeks Kesihatan Awam Veterinar dimaklumkan kepada pihak pengusaha iaitu pihak premis loji penyembelihan/pemprosesan, pihak loji pemprosesan atau rumah sembelih perlu membuat tindakan pembetulan serta menjalankan penambahbaikan dan dilaporkan kepada Seksyen Keselamatan Makanan Hasilan Ternakan, Bahagian Kesihatan Awam Veterinar, DVS.

Kursus ini dianjurkan bertujuan bagi membantu pihak premis iaitu pegawai kualiti loji penyembelihan atau pemprosesan produk hasilan haiwan memahami siasatan kes dengan jelas agar punca ketidakakuran penyimpangan atau kontaminasi dapat dikenalpasti dan mengelakkan penyimpangan berulang serta memastikan tindakan pembetulan dan pencegahan dibuat dengan tepat dan lebih berkesan.

Objektif Kursus
  1. Meningkatkan kefahaman secara kritis dan sistematik bagi penyediaan satu pelan tindakan penilaian bagi ketidakakuran dan penemuan penyimpangan dalam sistem keselamatan makanan berasaskan produk hasilan haiwan di loji penyembelihan dan pemprosesan.
  2. Memahami lebih lanjut kaedah penambahbaikan ketidakakuran serta pelaporan kepada DVS bagi maklumbalas kes penyimpangan atau ketidakakuran.
Brosur/Dokumen
Syarat Tambahan

**Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:

  1. Membuat penilaian kursus  melalui pautan www.dtims.intan.my bagi memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus.
  2. Kedatangan dua hari berkursus ini adalah WAJIB bagi melayakkan peserta mendapat sijil yang dikeluarkan oleh Kementerian/ Jabatan/Agensi.
Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 29/06/2026 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan Kursus MS 1514: 2009 GUIDELINES ON GMP FOR FOOD AND MS 1480: 2019 HACCP BASED FOOD SAFETY SYSTEM
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Non-conformity/deviations in food safety system What is root cause analysis, correction and corrective action relationship of problems, symptoms dan root causes
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Importance of effective identification correction, root cause and corrective action RCA process Root cause analysis tools (5why, fish bone diagram) Food industry working examples Determine the root cause(s) of the deviations Case studies 1 (Group Discussions) Review & Summary
Hari Ke-2 | 30/06/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Review of Day 1 Determine the root cause(s) of the deviations Case studies 2 (Group Discussions)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Determine the root cause(s) of the deviations Case studies 2 (Group Discussions)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Common mistakes in RCA Proper documentations of corrective action plan Closing of deviations with verifications of objective evidence