Kursus ini sesuai untuk mereka yang memerlukan kemahiran bahasa Mandarin asas bagi memenuhi keperluan dalam kerjaya atau meningkatkan lagi profesionalisme dan pembangunan kendiri. Peserta akan dilatih berfokus kepada kemahiran mendengar dan bertutur pada tahap asas bagi memudahkan urusan perkhidmatan pelanggan dan interaksi sosial.
1. Kursus ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang tidak ada asas dalam bahasa Mandarin dan merupakan pekerja di sektor swasta atau Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
2. Surat tawaran kursus akan dihantar melalui e-mel kepada pemohon yang berjaya selepas tarikh tutup permohonan.
3. Yuran kursus boleh dituntut melalui Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) di bawah Skim Bantuan Latihan (SBL) tertakluk kepada terma dan syarat.
4. Sila hubungi Pengurus Kursus atau Setiausaha Kursus untuk maklumat lanjut.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pengenalan Fonetik Bahasa Mandarin | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Bab 1 Ungkapan Sopan | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Bab 2 Permintaan Secara Sopan |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Bab 3 Maklumat Peribadi | |
: | 02.30 Petang - 04.30 Petang | |
: | Bab 4 Angka dan Nombor |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Bab 5 Tarikh dan Masa | |
: | 02.30 Petang - 04.30 Petang | |
: | Bab 6 Menjawab Panggilan Telefon |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Bab 7 Ungkapan Urusan Khidmat Pelanggan | |
: | 02.30 Petang - 04.30 Petang | |
: | Bab 8 Membayar + Ulang Kaji |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Persediaan Main Peranan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Persembahan Main Peranan |