Carian Kursus

[ CAA0080 ] KURSUS PENGURUSAN INDUK DOMESTIKASI DAN PENGELUARAN NAUPLI UDANG GALAH (UPSKILLING-GS) [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini untuk mendedahkan kaedah pengurusan induk udang galah domestikasi dan penghasilan induk bertelur untuk menjamin pengeluaran naupli dan seterusnya benih yang mapan sepanjang tahun. Pendedahan kepada kakitangan Jabatan Perikanan dimana induk udang galah domestikasi boleh digunakan berulang kali untuk penghasilan naupli dalam usaha memastikan kelestarian bekalan benih untuk industri ternakan udang galah di Malaysia.

Objektif Kursus
  1. Mengaplikasikan teknik pemilihan induk udang galah berkualiti
  2. Memahami dan mengenalpasti teknik asas pengurusan kualiti air induk udang galah domestikasi
  3. Megetahui keperluan dan mengaplikasi makanan induk udang galah.
  4. Mengenalpasti teknik pengurusan kesihatan induk udang galah domestiaksi
  5. Mengetahui keperluan peralatan untuk pengurusan induk domestikasi
  6. Mengetahui & memahami keperluan kitaran lengkap pengeluaran naupli dari induk domestikasi udang galah
Syarat Tambahan

Kursus ini ditawarkan untuk  20 orang peserta yang terdiri daripada golongan sasar yang terdiri daripada penternak dan orang yang berminat. 

Modul/Topik
Hari Pertama | 21/07/2025 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan kepada industri Udang Galah Malaysia
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Keperluan tangki dan peralatan untuk induk Udang Galah domestikasi (teori)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penyediaan tangki dan peralatan untuk induk Udang Galah domestikasi (Amali)
SESI 4 : 05.00 Petang - 7.00 Petang
: Keperluan peralatan tambahan (Teori)
Hari Ke-2 | 22/07/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan kepada induk Udang Galah domestikasi IPPPS (t)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Teknik pemilihan induk dan Pengurusan harian induk Udang Galah
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengurusan kualiti air
: Pengurusan kesihatan induk udang (T)
SESI 4 : 05.00 Petang - 7.00 Petang
: Penyediaan makanan induk (Amali)
Hari Ke-3 | 23/07/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Kacukan induk dan pengurusan induk bertelur
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Teknik kacukan, pengumpulan induk bertelur, penuaian dan pembungkusan naupli (Amali)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Sesi perbincangan dan penilaian dan penutup.