Carian Kursus

[ KEA0009 ] Kursus Minda Sejahtera [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kursus Minda Sejahtera ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan lanjut kepada penjawat awam mengenai bagaimana untuk mengurus dan menangani stres dengan lebih baik serta amalan kesihatan mental yang sihat. Peserta akan mengetahui tahap stres dan kesihatan mental melalui penggunaan ujian psikologi. Peserta akan mempelajari teori dan teknik pengurusan stres yang merangkumi proses set minda, spiritual, relaksasi dan penggunaan lima deria. Peserta juga akan didedahkan berkaitan kaedah pengurusan konflik dan teknik kognitif tingkahlaku dalam mengurus dan mengawal emosi. 

Objektif Kursus
  1. Mengenal pasti tahap stres dan kesihatan mental berdasarkan penilaian ujian psikologi
  2. Menyenaraikan kaedah dan strategi pengurusan kendiri yang digunakan dalam amalan seharian
  3. Mengaplikasi teknik dan kaedah dalam pengurusan stres yang merangkumi kaedah relaksasi dan pernafasan, rasional emotif tingkah laku dan terapi menggunakan lima deria.
Syarat Tambahan

Kursus Minda Sejahtera Siri 1/2025 ini akan dijalankan secara dalam talian.

Antara syarat lain:

1- Peserta TIDAK PERNAH menyertai Kursus Minda Sejahtera anjuran INTAN Bukit Kiara sebelum ini.

2- Peserta yang berjaya terpilih perlulah menggunakan komputer/komputer riba yang dilengkapi dengan kamera dan mikrofon yang berfungsi dengan baik. Penggunaan telefon bimbit atau peranti lain adalah TIDAK BERSESUAIAN memandangkan peserta akan menjalani aktiviti bertulis dalam sesi perkongsian. 

3- Peserta perlu menghadiri setiap slot perkongsian dengan menggunakan NAMA SEBENAR.

4- Mengisi penilaian kursus setelah tamat kursus. 

5- Peserta perlu membayar yuran pendaftaran sejumlah RM 30 ringgit secara dalam talian melalui portal DTIMS (Dashboard Pengguna) selewat-lewatnya 13/03/2025. Resit rasmi akan dikeluarkan melalui sistem setelah pembayaran selesai dilakukan dan para peserta boleh membuat tuntutan semula daripada Kementerian/Jabatan/Agensi/Institusi masing-masing. Semua bayaran yang telah dibuat dan resit telah dikeluarkan, tiada pulangan balik (refund) yang dibenarkan.

Kegagalan peserta untuk mematuhi syarat-syarat asas ini boleh menyebabkan permohonan kursus seterusnya tidak akan dipertimbangkan.

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 19/03/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENGENALAN MINDA SEJAHTERA
Hari Ke-2 | 19/03/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: KESIHATAN MENTAL : SIMPTOM PENYAKIT DAN PENCEGAHAN
SESI 2 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: PERSONALITI DAN PENGURUSAN EMOSI
Hari Ke-3 | 20/03/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: KONSEP PENERIMAAN DAN SPIRITUAL DALAM MINDA SEJAHTERA
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: TEKNIK URUS STRES II
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: TEKNIK URUS STRES I