Carian Kursus

[ KEA0008 ] KURSUS KECERDASAN EMOSI DAN SPIRITUAL [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini dijalankan bagi membantu individu mengenal perasaan diri, memotivasi dan mengendalikan emosi diri dengan lebih berkesan. Kawalan emosi serta peningkatan tahap spiritual yang stabil akan boleh membantu individu melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih komited dan sekaligus mewujudkan suasana kerja yang harmoni dan kondusif. Kursus ini akan memberi pendedahan berkaitan aspek berikut:

  • Inventori dan interpretasi diri dan emosi (personal profile).

  • Emosi: ekspresi perasaan dan pemikiran (self awareness).

  • Kuasa minda separuh sedar: kawalan emosi menerusi minda separuh sedar.

  • Aplikasi psikologi positif dan pengurusan emosi.

 

Objektif Kursus
  1. Mengenal pasti tahap kesedaran kendiri berkaitan emosi dan spiritualiti melalui penggunaan ujian psikometrik.
  2. Menerangkan semula lima komponen dalam kebijaksanaan spiritual berdasar kerangka holistik pembangunan sumber manusia.
  3. Mengunakan lima kompetensi (peribadi dan sosial) kebijaksanaan emosi berdasar model Goleman.
Syarat Tambahan

Kursus Kecerdasan Emosi Dan Spiritual Siri 1/2025 ini akan diadakan secara dalam talian.

Antara syarat lain:

1- Peserta TIDAK PERNAH menyertai Kursus Kecerdasan Emosi Dan Spiritual anjuran INTAN Bukit Kiara sebelum ini.

2- Peserta diminta memberi penjelasan mengikuti kursus ini dengan KETERANGAN ASPEK TUGAS.  

3- Peserta yang berjaya terpilih perlulah menggunakan komputer/komputer riba yang dilengkapi dengan kamera dan mikrofon yang berfungsi dengan baik. Penggunaan telefon bimbit atau peranti lain adalah TIDAK BERSESUAIAN memandangkan peserta akan menjalani aktiviti bertulis dalam sesi perkongsian. 

4- Sejumlah RM 30 ringgit yuran perlulah dibayar oleh peserta sebagai yuran pendaftaran kursus secara dalam talian melalui portal DTIMS (Dashboard Pengguna) selewat-lewatnya 30/06/2025. Resit rasmi akan dikeluarkan melalui sistem setelah pembayaran selesai dilakukan dan para peserta boleh membuat tuntutan semula daripada Kementerian/Jabatan/Agensi/Institusi masing-masing. Semua bayaran yang telah dibuat dan resit telah dikeluarkan, tiada pulangan balik (refund) yang dibenarkan.

5- Peserta perlu menghadiri setiap slot perkongsian dengan menggunakan NAMA SEBENAR.

6- Mengisi penilaian kursus setelah tamat kursus.

Kegagalan peserta untuk mematuhi syarat-syarat asas ini boleh menyebabkan permohonan kursus seterusnya tidak akan dipertimbangkan.

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 08/07/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENGENALAN KEPADA KEBIJAKSANAAN EMOSI DAN SPIRITUAL
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: ESI : KOMPETENSI PERIBADI (KAWALAN KENDIRI)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: ESI : KOMPETENSI PERIBADI (KESEDARAN KENDIRI)
Hari Ke-2 | 09/07/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: KENALI PERSONALITI DIRI
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: KEBIJAKSANAAN SPIRITUAL DAN ETIKA
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: ESI SOSIAL (sambungan) & RUMUSAN