Carian Kursus

[ KPA0003 ] Masterclass on Civil Service Collaboration [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Selaras dengan hasrat pimpinan kerajaan Malaysia yang mempunyai ekspektasi tinggi terhadap peranan penjawat awam, Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) telah dibentangkan kepada semua penjawat awam. Agenda ini merangkumi lima Teras Keberhasilan Reformasi (TKR) iaitu Penghayatan Nilai dan Tatakelola, Pembangunan Modal Insan, Pembangunan Organisasi, Penyampaian Perkhidmatan serta Sinergi Awam dan Swasta. Ia didukung oleh 20 Strategi Keberhasilan Reformasi (SKR) berteraskan pendekatan associated and integrated strategy berdasarkan konsep whole-of-government dan whole-of-nation.

Setelah mengambil kira kepentingan serta keperluan semasa, Pusat Pengajian Dasar Awam, Pengurusan Projek dan Governan (PDPG) telah merangka Kursus Masterclass on Civil Service Collaboration (MCSC) yang bertujuan memberi pendedahan kepada penjawat awam mengenai pendekatan baharu dalam bekerja secara kolaboratif dengan mengamalkan prinsip tadbir urus terbaik. Kursus ini juga merupakan signature course yang telah diadakan sejak tahun 2019 setelah mengambil kira keperluan semasa yang akan memberikan pendedahan kepada penjawat awam mengenai persekitaran ‘new way of working’ yang berfokuskan governans berbentuk kolaborasi.

Objektif Kursus
  1. Mengenal pasti perbezaan konsep antara kerjasama, penyelarasan dan kolaborasi dalam sektor awam di Malaysia.
  2. Menyatakan kepentingan kolaborasi dalam sektor awam di Malaysia
  3. Menghasilkan sekurang-kurangnya satu idea yang mempunyai elemen kolaborasi antara kementerian/jabatan.
Syarat Tambahan

Kumpulan P&P

Gred 41 Hingga Gred 56 (SSM)
Gred 9 Hingga Gred 15 (SSPA)

Modul/Topik
Hari Pertama | 27/04/2026 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Malaysia Madani
: Collaborative Governance
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Matlamat Pembangunan Lestari (SDG 17) – Multi-stakeholder partnerships & SDG Integration
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kerjasama, Koordinasi atau Kolaborasi?
Hari Ke-2 | 28/04/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Kepercayaan, Komunikasi dan Komitmen
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Kepimpinan dan Keterangkuman
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Sesi Perkongsian Ilmu: Inisiatif Kolaborasi Kementerian/ Jabatan
Hari Ke-3 | 29/04/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Rentas Fakta
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Rentas Fakta
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pencambahan Idea
Hari Ke-4 | 30/04/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pencambahan Idea
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Cetus & Nilai
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Refleksi dan Rumusan