Carian Kursus

[ KCA0135 ] Kursus Pengenalan Kepada Kecerdasan Buatan (AI) [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini adalah untuk memberikan pengenalan yang komprehensif kepada peserta mengenai konsep, teknik dan aplikasi Artificial Intelligence (AI).  Di mana, para peserta akan mendapatkan pemahaman yang jelas dan kukuh tentang asas AI, kecerdasan buatan melalui penggunaan tools yang meliputi pembelajaran mesin, jaringan neural dan aplikasi praktikal yang boleh digunakan dalam pelbagai bidang dan keperluan tertentu.

Artificial Intelligence (AI) merujuk kepada kemampuan mesin atau sistem komputer untuk meniru kemahiran manusia dalam menyelesaikan tugas yang biasanya memerlukan kecerdasan manusia. Ia melibatkan penggunaan algoritma dan model matematik untuk memberikan komputer kemampuan untuk belajar daripada data dan menyesuaikan diri terhadap situasi baru serta membuat keputusan yang tepat. AI telah digunakan dalam pelbagai bidang termasuk pengecaman imej, pertuturan, pemprosesan bahasa semula jadi dan mengoptimumkan proses kerja. Selaras dengan kemajuan teknologi, aplikasi AI terus berkembang dan memberikan impak yang amat signifikan dalam membantu manusia menyelesaikan masalah yang lebih rumit lagi kompleks.

Objektif Kursus
  1. Memahami definisi dan konsep asas kecerdasan buatan (AI)
    Understand the basic definitions and concepts of artificial intelligence (AI)
  2. Menjelaskan jenis-jenis dan kelebihan kecerdasan buatan (AI)
    Explain the types and advantages of artificial intelligence (AI)
  3. Memahami algoritma dan aplikasi kecerdasan buatan (AI) dalam dunia sebenar
    Understanding algorithms and applications of artificial intelligence (AI) in the real world
Syarat Tambahan

1. Kursus ini akan dilaksanakan secara hybrid (bersemuka dan dalam talian).
2. Hanya 25 orang peserta yang terpilih akan mengikuti kursus ini secara bersemuka dan selebihnya secara dalam talian.
3. Mohon rujuk pada surat tawaran dengan teliti sekiranya berjaya terpilih untuk mengikuti kursus ini. 

Modul/Topik
Hari Pertama | 02/05/2024 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Artificial Intelligence (A.I) 101
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: AI: Alat (Tools), Fungsi dan Aplikasi
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Praktis A.I