Carian Kursus

[ FZA0001 ] Kursus Health, Fitness and Happiness [ Siri 1/2022 ]

Sinopsis Kursus

Kursus Health, Fitness & Happiness dilaksanakan dengan hasrat menyahut saranan kerajaan agar pekerja sektor awam kekal aktif, sihat dan produktif sepanjang masa. Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 mendapati golongan yang paling tidak aktif fizikal adalah mereka yang berusia 75 tahun ke atas. Oleh itu, bagi memastikan warga perkhidmatan awam membudayakan senaman dan diet seimbang sepanjang hayat, kursus ini direka bentuk khas untuk kakitangan awam yang berusia 50 tahun dan ke atas bagi mempersiapkan diri dari sudut fizikal dan pemakanan menjelang persaraan.

Objektif Kursus
  1. Menyenaraikan jenis dan menu makanan yang bersesuaian dengan keperluan tubuh badan mengikut Garis Panduan Diet Malaysia;
  2. Mengenal pasti langkah-langkah memelihara kesejahteraan mental;
  3. Berkongsi panduan dan amalan gaya hidup sihat dengan pesara warga emas; dan
  4. Melakukan saringan ujian kesihatan (senior fitness test) dan senaman circuit training mengikut keupayaan dan tahap regangan badan.
Syarat Tambahan

Terma & Syarat

  • Kursus ini diutamakan kepada penjawat awam yang berumur 50 tahun dan ke atas.
  • Sekiranya terdapat kekosongan, peserta berumur 50 tahun ke bawah akan dipilih.
  • Peserta yang berjaya mestilah mempunyai peranti kamera video (webcam) dan mikrofon.
  • Peserta yang berjaya dimestikan berpakaian sukan yang lengkap dan sopan pada hari kedua kursus.

 

Maklumat Tambahan

  • Bersedia dan sertai pautan kursus 10 minit sebelum sesi bermula.
  • Memastikan nama yang digunakan adalah nama sebenar peserta.
  • Memastikan pautan yang diterima adalah dari sumber atau host yang sah.
  • Video hendaklah sentiasa diaktifkan (on) mengikut kesesuaian, dan audio tidak diaktifkan (mute). Audio diaktifkan (unmute) hanya apabila ingin berkomunikasi. 
  • Melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan (individu/berkumpulan).
Modul/Topik
Hari Pertama | 19/01/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Petua Pemakanan Untuk Penuaan Sihat
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Penjagaan Kesihatan Mental
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Perkongsian Pengalaman: Gaya Hidup Sihat
Hari Ke-2 | 20/01/2022 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Saringan Ujian Kecergasan (Senior Fitness Test)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Kesihatan dan Kecergasan Fizikal
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Senaman Circuit Training