Carian Kursus

[ KCA0150 ] Kursus Train of Trainer : Big Data Analytics Using Speedminer (Advanced) [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini merupakan kursus peringkat lanjutan dalam bidang analitik data raya. Kursus ini terbuka kepada semua penjawat awam pelbagai skim perkhidmatan dari gred 29 hingga 54. Peserta yang memohon mestilah mempunyai pengetahuan asas serta terlibat dalam analitik data di agensi. Kursus ini akan dijalankan secara bersemuka sepenuhnya. Peserta perlu membawa komputer riba sendiri semasa kursus.

Objektif Kursus
  1. Mengenalpasti aplikasi teknologi pembelajaran mesin dan Artificial Intelligence (AI) dalam data raya
  2. Mengaplikasikan kaedah analisis data tidak berstruktur menggunakan teknik penjanaan teks
  3. Mengaplikasikan kaedah analisis data berstruktur menggunakan teknik pertanyaan (query) pangkalan data
Syarat Tambahan
  1. Pihak INTAN tidak menawarkan kemudahan penginapan kepada peserta yang berjaya. Peserta yang berjaya akan diberikan surat tawaran kursus melalui emel. Sila pastikan emel rasmi jabatan dan emel peribadi yang berdaftar adalah aktif. 
  2. Peserta yang berjaya hendaklah memberi maklum balas kehadiran (Lampiran 1) mengikut tarikh yag ditetapkan. Sekiranya urus setia tidak menerima maklum balas mengikut masa yang ditetapkan, pihak urus setia beranggapan peserta menolak tawaran kursus dan akan digantikan dengan permohon dalam senarai menunggu.
  3. Kehadiran kursus mestilah melebihi 80%. Peserta tidak layak mendapat sijil kursus sekiranya kehadiran kurang daripada 80%.
Modul/Topik
Hari Pertama | 09/10/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Data Raya dan Pembelajaran Mesin
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Data Raya dan Pembelajaran Mesin (Hands-on)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengenalan Kepada Large Language Model (LLM)
Hari Ke-2 | 10/10/2024 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Prompt Engineering
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Prompt Engineering (Hands-on)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Text to SQL (Querying Database using Natural Language)
Hari Ke-3 | 11/10/2024 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Retrieval-Augmented Generation (RAG)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Capstone Project
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Capstone Project