Carian Kursus

[ TZA0055 ] Kursus Kreativiti di Tempat Kerja [ Siri 3/2023 ]

Sinopsis Kursus

Kursus Kreativiti di Tempat Kerja dapat menggalakkan budaya inovasi dan kreativiti bagi meningkatkan daya saing, memacu pembangunan negara dan meningkatkan produktiviti penjawat awam dalam usaha menyumbang peningkatan kekayaan ekonomi negara menerusi penjimatan tenaga, masa dan kos yang sekaligus mampu meningkatkan penghasilan produktiviti, hasil kerja dan perkhidmatan.

Objektif Kursus
  1. Menerangkan konsep kreativiti dan teori Generativiti berdasarkan Dr. Robert Epstein;
  2. Menjana strategi ke arah kreativiti melalui permainan , aktiviti dan latih amal CAPTURING, CHALLENGING, BROADENING & SURROUNDING; dan
  3. Mempraktikkan kreativiti di tempat kerja melalui aktiviti dan latih amal yang diberikan dengan berkesan.
Syarat Tambahan

Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:

  1. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;

  2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;

  3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus sebelum tarikh kursus;

  4. Makan pagi dan tengahari sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak INTIM, kecuali makan tengah hari pada hari terakhir kursus TIDAK disediakan;

  5. Buku program tidak akan dicetak mulai tahun 2021 selaras dengan dasar penjimatan INTAN. Edaran buku program akan dibuat secara dalam talian sahaja dan boleh dimuat turun melalui portal DTIMS;

  6. Tempat penginapan di dalam INTAN Kampus Wilayah Timur adalah tidak disediakan;

  7. Sejumlah RM30.00 (tunai) akan dikutip dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi /Institusi masing-masing. Sukacita kiranya tuan/puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my); dan

  8. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.

Modul/Topik
Hari Pertama | 24/07/2023 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pendaftaran & Taklimat
: Teori Generativiti
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Adakah Semua Orang Kreatif ?
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Capturing
Hari Ke-2 | 25/07/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Challenging
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Broadening
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Surrounding
Hari Ke-3 | 26/07/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Team Creativity
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: FINAL DE-BRIEFING
: Penilaian & Penutup