Carian Kursus

[ KEA0009 ] Kursus Minda Sejahtera [ Siri 3/2023 ]

Sinopsis Kursus

Kursus Minda Sejahtera ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan lanjut kepada penjawat awam mengenai bagaimana untuk mengurus dan menangani stres dengan lebih baik serta amalan kesihatan mental yang sihat. Peserta akan mengetahui tahap stres dan kesihatan mental melalui penggunaan ujian psikologi. Peserta akan mempelajari teori dan teknik pengurusan stres yang merangkumi proses set minda, spiritual, relaksasi dan penggunaan lima deria. Peserta juga akan didedahkan berkaitan kaedah pengurusan konflik dan teknik kognitif tingkahlaku dalam mengurus dan mengawal emosi. 

Objektif Kursus
  1. Mengenal pasti tahap stres dan kesihatan mental berdasarkan penilaian ujian psikologi
  2. Menyenaraikan kaedah dan strategi pengurusan kendiri yang digunakan dalam amalan seharian
  3. Mengaplikasi teknik dan kaedah dalam pengurusan stres yang merangkumi kaedah relaksasi dan pernafasan, rasional emotif tingkah laku dan terapi menggunakan lima deria.
Brosur/Dokumen
Syarat Tambahan

Kursus Minda Sejahtera Siri 2/2023 ini akan dijalankan secara BERSEMUKA di INTAN Bukit Kiara.

1- Peserta dikehendaki berada dalam keadaan sihat semasa melapor diri pada hari pendaftaran kursus.

2- Peserta diminta membawa topeng muka masing-masing.

3- Peserta diwajibkan menghadiri setiap slot yang diadakan sepanjang kursus.

4- Peserta diminta menyediakan yuran pendaftaran kursus sebanyak RM30. Resit penerimaan bayaran akan disediakan.

 

Bermula Mac 2023, TIADA penginapan disediakan kepada peserta memandangkan asrama penginapan INTAN berada di bawah proses penyelenggaraan.

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 07/06/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENGENALAN STRES, KESIHATAN MENTAL DAN KESEJAHTERAAN DIRI
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: KONSEP PENERIMAAN DAN SPIRITUAL DLAM MINDA SEJAHTERA
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: KESIHATAN MENTAL : SIMPTOM PENYAKIT DAN PENCEGAHAN
Hari Ke-2 | 08/06/2023 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PERSONALITI DAN PENGURUSAN EMOSI
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: TEKNIK URUS STRES 1
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: TEKNIK URUS STRES 2