Kursus selama 4 hari ini bertujuan untuk memberi pengetahuan yang tepat mengenai konsep dan kaedah pengaplikasian protokol yang terkini di Malaysia. Ianya turut bertujuan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan salah tanggapan terhadap konsep protokol yang diamalkan. Selain itu, kursus ini juga akan turut memberi penekanan terhadap kemahiran etiket sosial dan pengurusan majlis rasmi.
MAKLUMAT TAMBAHAN
1. Status Permohonan Pemakluman status permohonan (termasuk surat tawaran kursus) akan dihantar terus ke emel peserta yang telah didaftarkan dalam sistem HRMIS.
2. Etika Berpakaian Peserta hendaklah mematuhi etika pemakaian yang telah ditetapkan sepanjang berada dalam kawasan IKWAS dan semasa berada di Dewan Makan Anjung Selera. Pemakaian berikut adalah TIDAK DIBENARKAN: Jubah / Jeans / Seluar Pendek / Kain Pelikat / Selipar / T-shirt Leher Bulat.
3. Pergerakan Peserta
i. Peserta yang keluar dari kawasan IKWAS hendaklah kembali sebelum jam 11.00 malam.
ii. Ahli keluarga atau individu selain peserta kursus tidak dibenarkan memasuki bangunan asrama.
iii. Penghantaran makanan GrabFood / FoodPanda dibenarkan sehingga lobi asrama sahaja.
iv. Peserta hendaklah makan pada waktu yang telah ditetapkan serta mengosongkan Dewan Makan Anjung Selera 10 minit sebelum sesi kelas bermula.
4. Pembayaran Yuran Kursus
i. Pembayaran yuran perlu dibuat secara dalam talian melalui akaun DTIMS peserta sahaja.
ii. Peserta WAJIB membawa resit pembayaran semasa HARI PERTAMA pendaftaran kursus.
iii. Bayaran yuran tidak akan dikembalikan sekiranya peserta tidak menghadiri kursus.
5. Maklumat Kesihatan Peserta yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) atau mempunyai isu kesihatan tertentu dimohon untuk memaklumkan kepada urus setia sekurang-kurangnya satu (1) minggu sebelum kursus bermula.
6. Maklumat Pemakanan Peserta yang mempunyai keperluan diet khas seperti alergi makanan atau vegetarian (tidak memakan daging) dimohon untuk memaklumkan kepada urus setia sekurang-kurangnya satu (1) minggu sebelum kursus.
7. Kewajipan Kehadiran Semua peserta WAJIB hadir pada hari pertama kursus sebelum jam 9.00 pagi. 8. Senaman Pagi Peserta adalah dikehendaki hadir untuk senaman pagi pada HARI KEDUA kursus dengan berpakaian baju sukan lengkap.
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Pendaftaran Peserta | Taklimat Kursus | Pengenalan Malaysia Madani | |
| : | Ice Breaking | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Pengenalan : 20 Elemen Protokol | 15 Elemen Etiket | 16 Elemen Pengurusan Majlis | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Anugerah Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Serta Panggilan Hormat |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Pengendalian Majlis Rasmi dan Penghasilan SOP Jawatankuasa | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Pengacaraan Majlis Rasmi | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Peranan Pegawai Protokol / Pegawai Pengiring dan Penyambut Tetamu |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Susunan Keutamaan Persekutuan dan Susunan Tempat Duduk Dalam Majlis Rasmi | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Etiket Sosial dan Keterampilan Diri Dalam Majlis | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Tertib di Meja Makan |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Penyediaan Atur Cara Pentadbiran & Persediaan Simulasi Pengurusan Majlis | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Simulasi Pengurusan Majlis | |
| : | Refleksi dan Penutupan Kursus |