Carian Kursus

[ WZA0058 ] Kursus Pengurusan Mesyuarat [ Siri 2/2023 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini ditawarkan kepada penjawat awam yang ingin menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan mesyuarat selaras dengan pekeliling-pekeliling Kerajaan terkini.

Objektif Kursus
  1. Menyenaraikan pekeliling dan garis panduan pengurusan mesyuarat Kerajaan yang sedang berkuatkuasa;
  2. Menyediakan senarai semak sebelum, semasa dan selepas mesyuarat;
  3. Menyenaraikan dokumen-dokumen yang perlu disediakan untuk tujuan mesyuarat; dan
  4. Penyediaan minit mesyuarat dan laporan maklum balas keputusan mesyuarat berdasarkan pekeliling yang terkini.
Syarat Tambahan

Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus bersemuka perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:

1.    Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus.

2.   Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus.

3.    Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus sebelum tarikh kursus.

4.    Tempat Penginapan disediakan bagi yang tinggal di luar kawasan Kuching atau Samarahan. Sila klik ruangan PERLU PENGINAPAN dalam permohonan.

5.    Makan/minum disediakan untuk minum pagi dan tengahari. Perhatian kepada peserta yang menginap di asrama INSARA, makan malam dan sarapan pagi hanya akan DISEDIAKAN pada hari mula berkursus.

6.    Peserta digalakkan membawa pakaian sukan untuk aktiviti selepas masa berkursus.

7.    Sejumlah RM30.00 (tunai) akan dikutip dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/Jabatan/ Agensi       /Institusi masing-masing. Sukacita sekiranya tuan/puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my); dan

8.   Peserta diingatkan mematuhi Etika Perkhidmatan Awam sepanjang berkursus dan peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.

Modul/Topik
Hari Pertama | 13/06/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Panduan Pengurusan Mesyuarat Kerajaan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Sesi Simulasi Mesyuarat
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Latih Amal 1
Hari Ke-2 | 14/06/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Tadbir Urus Mesyuarat
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Penulisan Minit Mesyuarat
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Latih Amal 2
Hari Ke-3 | 15/06/2023 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penyediaan Laporan Maklumbalas Keputusan Mesyuarat
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Latih Amal 3