Kursus ini merupakan satu kaedah untuk memahami corak pemikiran individu semasa berkomunikasi dan seterusnya dapat mengenalpasti cara individu tersebut bertingkahlaku. Dengan pemahaman ini,akan dapat membantu memudahkan proses komunikasi kerana sudah mengetahui kaedah pencerapan maklumat, bentuk motivasi yang diperlukan dan persekitaran yang bagaimana invidivu tersebut boleh menjadi lebih produktif dalam menjalankan tugasan yang diberikan serta menggunakan bahasa minda yang betul ketika berkomunkasi. Kursus ini dilaksanakan selama 3 hari yang melibatkan modul seperti ceramah, kajian kes, permainan dan bengkel untuk memberi peserta kefahaman yang jelas berkaitan komunikasi dan tingkahlaku