Carian Kursus

[ KEA0019 ] Kursus Psychological First Aid [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini diadakan dengan tujuan ingin melatih penjawat awam dalam menguruskan diri ketika berhadapan dengan krisis. Melalui kursus ini, peserta dijangka akan dapat meningkatkan kefahaman tentang konsep insiden kritikal, krisis, trauma serta impak psikologi di samping dapat mengaplikasikan kemahiran pengurusan kendiri terhadap risiko dan krisis dengan lebih berkesan.

Kursus ini bersesuaian untuk Pegawai/Pen. Peg. Psikologi, Ahli AKRAB, fasilitator yang mengendalikan sokongan psikologi dan penjawat awam yang berminat untuk mengukuhkan lagi kemahiran pengurusan krisis dari aspek psikologi.

Kursus ini akan dilaksanakan secara BERSEMUKA dengan bahasa perantaraan Bahasa Melayu dan terhad kepada 50 orang peserta sahaja.

Objektif Kursus
  1. Meningkatkan kefahaman mengenai konsep insiden kritikal, krisis, trauma serta kesan psikologi kepada individu/mangsa krisis.
  2. Mengenal pasti tindakan dan bantuan awal psikologi (PFA) yang boleh dilakukan ketika berhadapan dengan krisis dan bencana.
  3. Mengaplikasi kemahiran asas dalam persediaan berhadapan dengan sebarang risiko krisis atau bencana.
  4. Meningkatkan kefahaman mengenai konsep insiden kritikal, krisis, trauma serta kesan psikologi kepada individu/mangsa krisis.
  5. Mengenal pasti tindakan dan bantuan awal psikologi (PFA) yang boleh dilakukan ketika berhadapan dengan krisis dan bencana.
  6. Mengaplikasi kemahiran asas dalam persediaan berhadapan dengan sebarang risiko krisis atau bencana.
Syarat Tambahan

Kursus Psychological First Aid (PFA) Siri 1/2026 ini akan dijalankan secara BERSEMUKA di INTAN Bukit Kiara.

1- Peserta dikehendaki berada dalam keadaan sihat semasa melapor diri pada hari pendaftaran kursus.

2- Peserta diwajibkan menghadiri setiap slot yang diadakan sepanjang kursus.

3- Peserta diminta membuat pembayaran yuran pendaftaran kursus sebanyak RM30. Resit penerimaan bayaran akan disediakan.

Modul/Topik
Hari Pertama | 21/07/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: KESIHATAN MENTAL, KRISIS DAN IMPAK BENCANA
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: GARIS PANDUAN PENGURUSAN KESIHATAN MENTAL & SOKONGAN PSIKOSOSIAL
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: PSYCHOLOGICAL FIRST AID
Hari Ke-2 | 22/07/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: KEMAHIRAN ASAS KENDIRI
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: KEMAHIRAN MENGURUS EMOSI DAN RELAKSASI
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: KEMAHIRAN KOMUNIKASI DAN DAYA TINDAK
Hari Ke-3 | 23/07/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: SIMULASI PFA I
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: SIMULASI PFA II
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: RUMUSAN DAN PENILAIAN KURSUS