Kursus ini dicadangkan atas idea bagi membina minda positif, membentuk pasukan yang mantap serta menggalakkan sinergi dan keberdayaan dalam kalangan warga Bahagian Pendaftar, IPPTAR. Dalam persekitaran kerja yang melibatkan pelbagai gred jawatan dan kepelbagaian fungsi, kemahiran untuk berfikir secara rasional, terbuka dan strategik amat penting bagi mewujudkan pasukan kerja yang mantap dan berdaya saing.
Melalui pendekatan yang realistik dan praktikal, kursus ini memberi penekanan kepada pembangunan minda positif, pengukuhan komunikasi dua hala serta peningkatan keupayaan bekerjasama dalam menyelesaikan tugasan harian. Pendedahan ini diharap dapat mewujudkan sinergi antara warga kerja dari pelbagai latar belakang dengan matlamat untuk membina pasukan yang lebih cekap, efisien dan bersedia menghadapi cabaran organisasi secara kolektif.
KURSUS INI HANYA TERBUKA KEPADA KAKITANGAN INSTITUT PENYIARAN DAN PENERANGAN TUN ABDUL RAZAK (IPPTAR), DI BAWAH BAHAGIAN PENDAFTAR SAHAJA
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Malam - 10.30 Malam |
: | MODUL 1 : PERANAN DALAM PASUKAN |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | MODUL 2 : PEMBANGUNAN MINDA KREATIF DAN BERDAYA CIPTA | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | MODUL 2 : PEMBANGUNAN MINDA KREATIF DAN BERDAYA CIPTA | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | MODUL 3 : LATIHAN DALAM KUMPULAN (OUTDOOR TEAMWORK) | |
SESI 4 | : | 05.00 Petang - 7.00 Petang |
: | MODUL 3 : LATIHAN DALAM KUMPULAN (OUTDOOR TEAMWORK) | |
SESI 5 | : | 08.30 Malam - 10.30 Malam |
: | MODUL 4 : KONOTASI TEKNIKAL PROAKTIF |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | MODUL 5 : PEMBENTANGAN HASIL PASUKAN |