Carian Kursus

[ KNA0017 ] Kursus Human Resource Champions: Pengurusan Tatatertib [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman berhubung segala aspek perkhidmatan pegawai, bermula dari pelantikan sehingga penamatan perkhidmatan, serta memantapkan kompetensi sebagai Pengurus Sumber Manusia di kementerian/ jabatan/ agensi.

Objektif Kursus
  1. Meningkatkan kefahaman berhubung dasar dan prosedur pengurusan kes tatatertib perkhidmatan awam berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993
  2. Meningkatkan kemahiran pengurus sumber manusia untuk melaksanakan pengurusan tatatertib mengikut prosedur dan peraturan yang berkuatkuasa
  3. Mewujudkan jaringan kerjasama (networking) di antara pengurus sumber manusia di kementerian/ jabatan/ agensi
Syarat Tambahan

1. Keutamaan diberikan kepada penjawat awam yang terlibat dalam pengurusan sumber manusia di Kementerian/jabatan/agensi.

2. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus.

3. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan untuk melayakkan bagi mendapat sijil kehadiran kursus.

4. Tempat penginapan adalah tidak disediakan. 

5. Sebanyak RM30.00 (tunai) akan dikutip daripada setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan para peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi /Institusi masing-masing.

6. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada peserta pada hari pendaftaran.

Modul/Topik
Hari Pertama | 16/07/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan Pengurusan Tatatertib
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Tatakelakuan dan Larangan Dalam Perkhidmatan Awam
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Prosedur Tatatertib Biasa, Tidak Hadir Bertugas dan Tidak Dapat Dikesan
Hari Ke-2 | 17/07/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Perintah Tahan Kerja & Gantung Kerja, Kes Sabitan Jenayah di Mahkamah dan Prosedur Perintah Tahanan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Hukuman Tatatertib dan Implikasi Tindakan Tatatertib terhadap Perkhidmatan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Prosedur Rayuan dan Kesilapan Lazim dalam Pengurusan Tatatertib
Hari Ke-3 | 18/07/2024 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penamatan Perkhidmatan Demi Kepentingan Awam dan Dasar Pemisah (Exit Policy)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Laporan Ketua Audit Negara
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Prosedur Surcaj